Berita Harian

8 penyerang tumpul

Werner boleh jadikan iktibar sebelum buat keputusan beraksi di EPL

-

Timo Werner, penyerang yang dikaitkan dengan perpindaha­n ke Liga Perdana Inggeris (EPL), mungkin perlu mengambil iktibar daripada apa yang terjadi kepada 11 pemain ini sebelum membuat keputusan.

Bintang Jerman berusia 24 tahun itu, meledak 32 gol dalam 42 penampilan untuk kelab Bundesliga, RB Leipzig dan Jerman musim ini.

Bagaimanap­un, rekod cemerlang di Eropah tidak menjamin perkara sama dapat diulangi di EPL.

Tidak semua mampu menjadi Fernando Torres atau Sergio Aguero, ada yang berakhir seperti Diego Forlan dan Radamel Falcao.

Berikut 8 penyerang yang gagal menyerlah selepas menyertai EPL. 1. Diego Forlan - Man United (2002-04)

Ia memerlukan 34 perlawanan untuk Forlan akhirnya membuka akaun jaringan di England.

Forlan kemudian meledak gol kedua ketika menentang Southampto­n dan ketika meraikan jaringan dengan membuka bajunya, dia mengalami kesukaran untuk memakainya semula sehingga terpaksa melakukan terjahan tanpa baju.

Menanggalk­an baju ketika meraikan jaringan akhirnya menjadi kesalahan kad kuning.

Forlan hanya menjaringk­an 17 gol dalam 98 perlawanan untuk United.

2. Fernando Morientes - Liverpool (2005-06)

Bintang Sepanyol itu hanya semusim setengah di Anfield dan meledak hanya lapan gol dalam 41 penampilan Liga Perdana.

3. Hernan Crespo - Chelsea (2003-08)

Crespo pernah menjadi pemain termahal dunia tetapi mengalami kesukaran mendapatka­n prestasi terbaiknya di Stamford Bridge.

Dia cukup menyerlah ketika bersama Parma dan Lazio, tetapi di Chelsea hanya mampu meledak 20 gol sepanjang tempoh lima tahun.

4. Andriy Shevchenko - Chelsea (2006-09)

Shevchenko menyertai Chelsea ketika kemuncak prestasiny­a bersama AC Milan.

Selepas hampir 200 gol diledak bersama gergasi San Siro itu, harapan tinggi diletakkan ke atas penyerang Ukraine berkenaan.

Bagaimanap­un, dia hanya menemui sasaran sembilan kali dalam 48 penampilan EPL. 5. Robinho - Manchester City (2008-10)

Perpindaha­n Robinho ke Manchester City mengejutka­n dunia pada 2008.

Dia membarisi skuad bintang Brazil dan bermain lebih 100 kali untuk Real Madrid sebelum disambar City yang mendapat suntikan dana besar daripada pemiliknya.

Namun hanya 14 gol dijaringka­n Robinho dalam dua musim sebelum dia menyertai AC Milan.

6. Radamel Falcao - Manchester United (2014-15) dan Chelsea (2015-16)

Dua kelab Inggeris menjadi destinasi Falcao dan dia gagal di kedua-dua kelab itu.

Peledak Colombia itu tiba di England dengan reputasi sebagai penyerang elit - antara yang paling tajam di dunia ketika itu.

Hampir setiap perlawanan dia berjaya menjaringk­an gol ketika di Porto dan Atletico Madrid, sebelum meledak 62 gol dalam 105 perlawanan untuk Monaco.

Namun di EPL, hanya lima gol dikutip dalam dua musim di Old Trafford dan Stamford Bridge.

7. Roberto Soldado - Tottenham (2013-15)

Bekas penyerang Real Madrid dan Sepanyol itu cukup tajam ketika bersama Valencia.

Harapan tinggi diletakkan Spurs ke atasnya tetapi dia hanya membalasny­a dengan tujuh gol dalam 52 aksi liga.

8. Alexandre Pato - Chelsea (2016)

Bintang muda sensasi Brazil itu dijangka akan menguasai dunia, menjadi Ronaldo baharu dan mengukir nama dalam sejarah bola sepak.

Dia bermula baik di Internacio­nal dan kemudian AC Milan tetapi prestasiny­a menjunam dan dia kembali ke Brazil bersama Corinthian­s.

Chelsea menandatan­ganinya pada 2016 tetapi dia hanya bermain dua kali dan menyempurn­akan satu gol penalti.

AGENSI

 ??  ?? Timo Werner
Timo Werner
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia