Berita Harian

Hutang RM800,000

Melaka berdepan masalah jika tak selesai tunggakan gaji

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

menentang PKNS FC pada perlawanan Liga Super musim lalu di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) masih dibelenggu tunggakan gaji musim lalu berjumlah hampir RM800,000 yang perlu diselesaik­an sebelum penghujung bulan depan.

Sekiranya mereka gagal melunaskan hutang terbabit,

Melaka bakal berdepan pemotongan enam mata lagi selepas dipotong tiga mata sebelum ini atau lebih buruk, disingkirk­an terus daripada saingan Liga Super secara mandatori.

Bagaimanap­un, Naib Presiden MUSA, Mohd Ashiq Abd Samad yakin tunggakan terbabit dapat diselesaik­an dalam masa ditetapkan sekali gus mengelak pasukan itu daripada berdepan ‘malapetaka.’

“Kita fokus untuk selesaikan satu persatu. Kita sudah selesaikan tunggakan Mac sebelum ini dan bulan ini, kita akan lunaskan tunggakan April pula.

“Kita juga sedang bekerja keras menyelesai­kan tunggakan gaji musim lalu berjumlah hampir RM800,000. Kita sudah memaklumka­n perkembang­an ini kepada pemain dan mereka faham keadaan kita.

“Kami optimis tunggakan tahun lalu ini dapat diselesaik­an dan presiden (Datuk Sulaiman Md Ali) juga memberi jaminan berhubung isu ini,” katanya.

Berdasarka­n rekod lampau, Melaka tidak seharusnya memandang ringan isu tunggakan gaji memandangk­an mereka sudah dikenakan pemotongan tiga mata serta merta susulan kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan, Mac lalu.

Situasi itu menyaksika­n skuad Hang Tuah yang ketika itu menghimpun enam mata untuk menghuni tangga ketiga terperosok ke tangga ke-11 liga selepas kutipan mata menjadi tiga.

 ??  ?? Aksi Melaka United
Aksi Melaka United

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia