Berita Harian

‘Beri talian hayat kepada pemain’

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyambut baik ketetapan dibuat Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) berhubung pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo yang sebelum ini ditangguhk­an susulan pandemik COVID-19.

BWF dalam kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin berkata, badan induk itu akan melanjutka­n tempoh kelayakan Sukan Olimpik bermula minggu pertama hingga ke-17 2021, merangkumi kejohanan terpilih yang ditunda, dibatal atau digantung susulan pandemik COVID-19.

Pengarah Kejurulati­han BAM, Wong Choong Hann menyifatka­n ia keputusan yang adil dan memberi talian hayat kepada pemain yang masih berpeluang memburu tempat ke Tokyo.

“Saya fikir tidak timbul sebarang isu dalam hal ini. Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah merancang program pemulihan pemain (selepas lama tidak berlatih susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanak­an kerajaan sejak 18 Mac lalu).

“Selain itu, kita akan membuat perancanga­n mengenai pemilihan kejohanan yang akan disertai pemain nanti,” kata Choong Hann kepada BH Sukan.

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-shevon Lai Jemie pastinya antara yang lega dengan keputusan BWF itu dalam memburu slot kedua bagi acara itu ketika pasangan profesiona­l, Chan Peng Soon-goh Liu Ying

Saya fikir tidak timbul sebarang isu dalam hal ini. Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah merancang program pemulihan pemain selepas lama tidak berlatih sejak Mac lalu.

Wong Choong Hann, Pengarah Kejurulati­han BAM

hampir pasti ke Tokyo.

Peng Soon-liu Ying ketika ini mendahului perebutan tempat ke Tokyo apabila berada di kedudukan ketujuh ranking kelayakan ke Sukan Olimpik manakala Soon Huat-shevon di tangga ke11.

Setiap negara dibenarkan mempunyai dua wakil bagi acara beregu sekiranya berada dalam kelompok lapan terbaik sebaik tamat pusingan kelayakan Sukan Olimpik.

Tiga lagi wakil negara iaitu perseorang­an lelaki, Lee Zii Jia, perseorang­an wanita, Soniia Cheah dan beregu wanita, Chow Mei Kuan-lee Meng Yean turut berada di landasan tepat bagi melayakkan diri beraksi buat pertama kali pada Sukan Olimpik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia