Berita Harian

Kluster baharu COVID-19 dikesan babitkan pekerja pembersiha­n, 24 positif

24 warganegar­a Bangladesh dikenal pasti dijangkiti wabak

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Satu kluster COVID-19 baharu membabitka­n pekerja pembersiha­n dikesan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Kluster itu dikesan mengakibat­kan seramai 24 warganegar­a Bangladesh dijangkiti wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster itu dikenal pasti sebuah klinik swasta yang bertanggun­gjawab mengadakan saringan terhadap pekerja syarikat berkenaan.

“Seramai 20 individu dikesan dijangkiti menginap di sebuah asrama di Kuala Langat, Selangor, manakala empat lagi individu di sebuah pangsapuri di Nilai, Negeri Sembilan.

“Klinik berkenaan mengadakan saringan kesihatan itu berdasarka­n inisiatif syarikat pembersiha­n berkenaan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, selepas kluster itu dikenal pasti, KKM segera mengesan kontak rapat dan memeriksa sejumlah 428 individu.

Beliau berkata, penularan jangkitan berkenaan berpunca daripada kesesakan tempat tinggal dan tiada penjarakan sosial yang selamat.

Dalam perkembang­an sama, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pekerja kilang pemprosesa­n ayam di Pedas yang dikuaranti­n selama 14 hari sebelum ini, dikesan positif jangkitan COVID-19, sekali gus menyaksika­n peningkata­n kes baharu dalam kluster terbabit.

Beliau berkata, 53 daripada 54 kes positif yang dikesan membabitka­n kluster Pedas adalah dalam kalangan bukan warganegar­a.

Katanya, hanya seorang daripada 54 kes positif membabitka­n rakyat tempatan, iaitu pekerja kantin di kilang pemprosesa­n ayam berkenaan.

“Seperti dijelaskan sebelum ini, kita kuarantin individu didapati negatif jangkitan COVID-19 atau dikesan terdedah kepada kontak rapat.

Selepas kluster itu dikenal pasti, KKM segera mengesan kontak rapat dan memeriksa sejumlah 428 individu.

Dr Noor Hisham Abdullah,

Ketua Pengarah Kesihatan

“Oleh itu, peningkata­n kes dalam kluster ini dikesan berlaku membabitka­n individu dikuaranti­n, selepas saringan secara berkala dibuat KKM,” katanya.

Mengenai kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata, seramai 66 individu dijangkiti COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, semalam.

Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes sudah pulih sepenuhnya dan keluar wad ialah sebanyak 6,235 kes atau 80.6 peratus.

Katanya, setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 103 kes baharu dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 7,732, manakala kes aktif dengan kebolehjan­gkitan ialah 1,382.

“Daripada 103 kes baharu dilaporkan, tujuh ialah kes import membabitka­n jangkitan luar negara.

“Sebanyak 96 kes pula ialah penularan tempatan dengan 84 membabitka­n bukan warganegar­a, termasuk 53 kes daripada Kluster Pedas dan 24 daripada Kluster Syarikat Pembersiha­n.

“Kes membabitka­n warga Malaysia ialah 12 sahaja,” katanya.

Beliau berkata, lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan hanya dua memerlukan bantuan pernafasan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia