Berita Harian

‘Saya masih Pengerusi’

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa surat penggugura­n ahli dikeluarka­n Setiausaha Kerja BERSATU, Mohammad Suhaimi Yahya kelmarin tidak sah dan tidak menepati perlembaga­an parti.

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras beliau masih Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, surat penggugura­n ahli yang dikeluarka­n Setiausaha Kerja BERSATU, Mohammad Suhaimi Yahya kelmarin adalah tidak sah dan tidak menepati perlembaga­an parti.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, beliau membuat keputusan Suhaimi dipecat daripada parti dan digantikan oleh Datuk Sazmi Miah yang juga Timbalan Pengerusi BERSATU Kelantan.

“Saya datang sini. Saya harap nak jumpa dengan Setiausaha Kerja nak minta apa sebab dia pecat saya, apa salah saya. Tapi entah macam mana dia tak nak jumpa saya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU, semalam.

Beliau juga mendakwa, Setiausaha Kerja BERSATU tidak mempunyai kuasa untuk mengeluark­an surat pemakluman penggugura­n ahli, apatah lagi ia tidak pernah diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

“Jadi, saya buat keputusan untuk lucut jawatan Setiausaha Kerja. Suhaimi bukan lagi Setiausaha Kerja. Dia tidak ada hak. Sekarang ini saya lantik orang lain untuk isi jawatan Setiausaha Kerja, (Datuk) Sazmi Miah dari Kelantan.

Itulah keadaan sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, melaporkan, Dr Mahathir berkata, pemecatan beliau sebagai Pengerusi BERSATU dan empat lagi pemimpin parti itu kelmarin adalah satu perkara di luar kebiasaan.

“Setiausaha Kerja (jawatan) tiada dalam perlembaga­an parti dan dia tidak mempunyai apa-apa kuasa pun berdasarka­n perlembaga­an. Dia cuma menjalanka­n tugas dan arahan yang diberi oleh setiausaha (Setiausaha Agung).

“Tiba-tiba semalam (kelmarin), saya dapat surat, Setiausaha Kerja pecat saya, Pengerusi boleh kena buang oleh Setiausaha Kerja,” katanya.

Suhaimi bukan lagi Setiausaha Kerja. Dia tidak ada hak. Sekarang ini saya lantik orang lain untuk isi jawatan Setiausaha Kerja, (Datuk) Sazmi Miah dari Kelantan. Itulah keadaan sekarang ini.

Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri

 ??  ??
 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Dr Mahathir pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Dr Mahathir pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia