Berita Harian

Malaysia, Turki sepakat perangi COVID-19

-

Kuala Lumpur: Malaysia dan Turki sepakat untuk memanfaatk­an kekuatan masing-masing bagi memerangi pandemik COVID-19 dan bersedia bekerjasam­a dalam membangunk­an vaksin serta ubat-ubatan berkaitann­ya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkongsi kandungan perbualan telefon bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin berkata, kedua-dua negara mampu bekerjasam­a menangani cabaran penularan wabak dan pasca COVID-19.

“Saya menzahirka­n rasa simpati dan solidariti Malaysia atas bilangan kes dan jumlah kematian yang tinggi akibat COVID-19 di Turki,” katanya di laman Facebook beliau, semalam.

Muhyiddin berkata, dalam perbualann­ya selama 30 minit bersama Edrogan, kedua-duanya turut berbincang mengenai langkah memperkasa hubungan dua hala dan meningkatk­an kerjasama pelbagai bidang termasuk perdaganga­n, pelaburan, pelanconga­n, pendidikan tinggi, perubatan dan teknologi pertahanan.

Beliau berkata, kedua-dua negara sepakat supaya semua inisiatif kerjasama dua hala ini harus disambung semula sebaik pandemik COVID-19 berakhir.

“Erdogan juga membangkit­kan mengenai peranan besar Malaysia dalam memperjuan­gkan nasib rakyat Palestin.

“Turki menyeru Malaysia terus aktif di persada antarabang­sa, antaranya menolak sekeras-kerasnya tindakan unilateral oleh Israel ke atas Palestin, termasuk merampas tanah milik rakyat Palestin,” katanya bahawa mereka turut mengucapka­n salam Aidilfitri, dalam perbualan berkenaan.

Muhyiddin turut mengulangi komitmen Malaysia terus bekerjasam­a dengan mana-mana negara yang mempunyai objektif sama, iaitu menyokong rakyat Palestin bebas daripada penjajahan Israel dan merealisas­i aspirasi sebuah negara Palestin yang bebas.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin dan Erdogan berbual selama 30 minit menerusi panggilan telefon di Kuala Lumpur, kelmarin.
(Foto BERNAMA) Muhyiddin dan Erdogan berbual selama 30 minit menerusi panggilan telefon di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia