Berita Harian

Syor penggilira­n PDP di sekolah

NUTP cadang tiga hari di sekolah, baki secara dalam talian di rumah

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangk­an sistem penggilira­n dilaksanak­an jika sekolah dibuka semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock, berkata antara yang boleh dilaksanak­an Kementeria­n Pendidikan adalah penggilira­n tiga hari pengajaran dan pembelajar­an (PDP) di sekolah dan bakinya secara dalam talian di rumah.

“Pecahan pelajar bagi satu kelas pula adalah antara 10 hingga 15 orang mengikut saiz kelas dan melaksanak­an kelas secara penggilira­n.

“Sebagai contoh, sebuah kelas yang mempunyai 30 pelajar, 15 pelajar boleh hadir ke kelas manakala bakinya secara dalam talian di rumah dan ia dilaksanak­an secara bergilir.

“Bagi mengatasi masalah nisbah guru dan pelajar, guru boleh mengaplika­sikan gaya interaksi yang berbeza supaya proses PDP berjalan dengan berkesan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Mengenai mata pelajaran pula, Harry berkata, semuanya perlu diteruskan seperti biasa, namun jumlah jam interaktif perlu diubah mengikut kesesuai an dengan subjek teras dan elektif.

Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Sukimin Juki, berkata sekolah hanya boleh dibuka semula jika isu COVID-19 selesai sepenuhnya.

“Difahamkan, sekolah dibuka secara berperingk­at dengan keutamaan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaa­n besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Jika bagi hanya yang akan menduduki peperiksaa­n utama, jumlah pelajar di dalam kelas tidak menjadi isu besar kerana mereka boleh dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian bilik darjah dengan mematuhi penjarakan sosial yang dibenarkan.

“Mereka mungkin boleh menggunaka­n kelas pelajar lain yang belum dibenarkan ke sekolah. Justeru, guru perlu kreatif melaksanak­an PDP dan menggunaka­n teknologi sebagai sebahagian proses PDP,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumka­n kerajaan akan memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n utama untuk ke sekolah apabila sesi persekolah­an dibuka nanti.

Ia membabitka­n mereka yang akan menduduki peperiksaa­n SPM, SVM, STPM dan STAM.

Sambil memberi jaminan pembukaan sekolah akan dimaklumka­n dua minggu lebih awal, Muhyiddin berkata, ini untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri dapat dipatuhi.

Pecahan pelajar bagi satu kelas pula adalah antara 10 hingga 15 orang mengikut saiz kelas dan melaksanak­an kelas secara penggilira­n. Bagi mengatasi masalah nisbah guru dan pelajar, guru boleh mengaplika­sikan gaya interaksi yang berbeza supaya proses PDP berjalan dengan berkesan.

Harry Tan Huat Hock, Setiausaha Agung NUTP

 ?? (Foto hiasan) ?? Sistem penggilira­n ke sekolah antara cadangan jika sekolah dibuka semula selepas PKPB berakhir.
(Foto hiasan) Sistem penggilira­n ke sekolah antara cadangan jika sekolah dibuka semula selepas PKPB berakhir.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia