Berita Harian

Pastikan Kementeria­n Pendidikan bersedia patuhi SOP

-

Kuala Lumpur: Pelbagai perkara akan dipertimba­ngkan termasuk kesediaan guru untuk menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan sama ada Kementeria­n Pendidikan bersedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakka­n penularan wabak COVID-19.

“Mungkin kita perlu memastikan dengan Kementeria­n Pendidikan sama ada mereka dapat mematuhi SOP baharu di sekolah-sekolah...nak memeriksa, nak basuh tangan, nak ambil (suhu) dan adakah alat-alat semua dah sedia?

“Dalam kelas yang saya tahu biasanya hampir 40 orang, mana boleh duduk 40 orang rapat-rapat. Sekarang tinggal separuh sahaja, maknanya kalau separuh, dah jadi dua kelas, kalau 20 orang sekelas, tak tahu jarak macam mana,” katanya pada sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada sidang video berdurasi 40 minit itu Muhyiddin berkata, jika bilangan pelajar dalam satu kelas dikurangka­n kepada 15 orang, ia sudah tentu akan membabitka­n bilangan kelas yang banyak dan dalam hal ini memerlukan sesi persekolah­an dilaksanak­an pada sesi pagi dan petang.

Semua perkara itu, katanya, antara perkara yang diambil kira dan sedang diperhalus­i sebelum sekolah kembali dibuka dan setakat ini belum ada tarikh ditetapkan untuk sekolah mula dibuka.

Semua sekolah di negara ini ditutup berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pembukaan semula sesi persekolah­an tidak dibuat secara tiba-tiba, sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.

“Sekarang belum pasti lagi, belum ada tarikh yang ditetapkan. Saya rasa pada satu peringkat, berdasarka­n pandangan Kementeria­n Kesihatan (KKM), semuanya ok, semua orang akan dapat menguruska­nnya, guru dan kanak-kanak di sekolah dapat mengikuti arahan... inilah yang ingin diketahui oleh ibu bapa,” kata Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, persoalan bila sekolah akan dibuka semula banyak dibangkitk­an oleh ibu bapa.

“Saya jelaskan kepada mereka berdasarka­n apa yang kita putuskan sebelumnya hanya yang nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan yang SPM, kita belum menetapkan tarikhnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia