Berita Harian

Gerak usaha hakis keyakinan rakyat terhadap DAP

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa pernah diarahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggerakk­an usaha mengurangk­an keyakinan rakyat terhadap DAP, selain mencari jalan untuk BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu mendakwa, beliau akur dengan arahan berkenaan yang dibuat ketika Dr Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri pentadbira­n kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Hamzah yang menyertai BERSATU pada 12 Februari 2019 atas pelawaan Dr Mahathir selepas keluar daripada UMNO kira-kira dua bulan sebelum itu, mengakui sentiasa setia dan melakukan semua perkara atas arahan bekas Perdana Menteri yang ketika itu masih lagi Pengerusi BERSATU.

Beliau mendakwa, antara arahan lain oleh Dr Mahathir kepadanya, termasuk menganjurk­an Kongres Maruah Melayu (KMM) pada Oktober tahun lalu, serta berbincang mengenai cara untuk BERSATU keluar daripada PH.

Saya akur dengan arahan berkenaan yang dibuat ketika Dr Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri pentadbira­n kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Selepas menyertai BERSATU, perbincang­an berlaku dari semasa ke semasa dan Dr Mahathir minta saya bukan hanya memperkuku­hkan parti, tapi juga mengurangk­an keyakinan rakyat terhadap DAP.

“Ketika itu, saya buat kerja atas arahan Perdana Menteri (Dr Mahathir) dan apa yang saya lakukan, contohnya Kongres Maruah Melayu dilakukan secara besar-besaran dan tidak mungkin dapat saya lakukan jika tiada arahan Perdana Menteri (ketika itu).

“Dalam beberapa perbincang­an, termasuk antara saya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Peja (Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) dan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Menteri Pembanguna­n Luar Bandar) bersama Dr Mahathir di rumahnya, cari jalan macam mana BERSATU keluar daripada PH.

“Ini permintaan (Dr Mahathir). Kita kata, buat bersama-sama dan yang lainnya sudah menjadi sejarah apabila Dr Mahathir sendiri letak jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya pada sidang media, semalam.

Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung BERSATU

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia