Berita Harian

Rina tetap pendirian sokong Presiden

Ketua Srikandi BERSATU bidas tindakan cuba ganggu gugat pentadbira­n kerajaan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Rohaniza Idris bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Rina Mohd Harun menegaskan beliau tidak meletak jawatan dalam parti berkenaan.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, menjelaska­n beliau tetap dengan pendirian memberi sokongan penuh kepada Presiden BERSATU,

Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya nak tegaskan bahawa saya masih lagi Ketua Srikandi BERSATU, masih lagi ahli BERSATU dan menyokong penuh pimpinan Tan Sri Muhyiddin.

“Dalam keadaan ini, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan polemik politik. Cukup-cukuplah dalam keadaan kita sedang berdepan COVID-19 dan ada banyak lagi perancanga­n perlu dilaksanak­an,” katanya.

Bercakap pada sidang media di sebuah hotel di sini, semalam, Rina turut membidas tindakan sesetengah pihak yang cuba untuk mengganggu gugat pentadbira­n kerajaan dalam situasi sukar ketika ini dan menyifatka­n tindakan itu sebagai tidak wajar.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dalam satu kenyataan, berkata beliau tidak mengeluark­an sebarang jemputan untuk mengadakan sidang media semalam kerana masih dalam proses kuarantin.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n oleh pejabatnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu, menegaskan pihaknya memandang serius laporan berita kononnya beliau memanggil sidang media.

“Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari menteri. Hal ini kerana Mohd Redzuan pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin,” kata kenyataan berkenaan.

Mohd Redzuan menjalani kuarantin selepas dilaporkan berada dalam mesyuarat pasca Kabinet baru-baru ini yang juga dihadiri Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul Majid yang kemudian disahkan positif COVID-19.

Mereka yang menghadiri mesyuarat itu disahkan negatif virus berkenaan, namun diarah menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Rina pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Rina pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia