Berita Harian

Tiada pertemuan sulit Amirudin, Azmin

- Shah Alam:tiada

pertemuan sulit di antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kelmarin.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Borhan Aman Shah, berkata sebaliknya pertemuan di kediaman rasmi Amirudin tengah hari kelmarin ialah mesyuarat di antara Menteri Besar dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkaitan usaha menangani penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

“Perbincang­an mesyuarat itu turut menyentuh kerjasama kerajaan negeri dan Kementeria­n Kesihatan dalam penyesuaia­n kebiasaan baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Mesyuarat itu juga dihadiri EXCO Kesihatan negeri, Dr Siti Mariah Mahmud, kakitangan kementeria­n dan Jabatan Kesihatan Selangor. Kami menafikan dakwaan terdapat pertemuan sulit berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, satu portal berita mendakwa terdapat pertemuan sulit antara Amirudin, Mohamed Azmin dan Hamzah di kediaman rasmi Menteri Besar, susulan tular gambar menu makanan untuk disajikan kepada 20 tetamu, termasuk yang bertaraf ‘VVIP’.

Portal itu juga mendakwa kedudukan pentadbira­n Pakatan Harapan (PH) di Selangor goyah apabila ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR yang dikatakan menyokong Mohamed Azmin ketika beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bakal beralih sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Laman media sosial Menteri Kanan itu turut ‘menepis’ dakwaan portal berita terbabit apabila terdapat beberapa gambar menunjukka­n beliau berada di Kedah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia