Berita Harian

UA adakan temu duga kemasukan dalam talian

Tiada rentas negeri, universiti mulakan inisiatif sejak April lalu

- Oleh Rohaniza Idris dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Universiti awam (UA) melakukan temu duga kemasukan pelajar secara dalam talian.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata universiti sudah pun melaksanak­an proses berkenaan sejak April lalu.

“Memang kita tidak membenarka­n pergerakan rentas negeri. Jadi, pelajar yang perlu melalui temu duga untuk kemasukan ke UA boleh dilaksanak­an secara dalam talian.

“Perkara ini sebenarnya sudah pun berjalan dengan pihak universiti sudah memulakan inisiatif terbabit sejak bulan lalu,” katanya di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, proses terbabit sama seperti temu duga bagi mendapatka­n pekerjaan.

“Memang kita tidak membenarka­n pergerakan merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Jadi, boleh menggunaka­n teknologi sedia ada dengan melaksanak­an proses temu duga secara maya,” katanya.

Jika kawasan terbabit tiada kemudahan internet, beliau berkata, UA membenarka­n pelajar merekodkan video mereka menggunaka­n telefon bimbit dan menghantar­nya kepada universiti.

“Kesimpulan­nya, tidak perlu temu duga secara bersemuka. Boleh dibuat secara maya,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, Ismail Sabri berkata, Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) sudah menghantar pulang 54,656 pelajar kepada keluarga masing-masing sejak 27 April lalu.

“Seperti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, KPT memastikan semua pelajar yang terbabit dalam pergerakan pulang ke kampung halaman untuk menjalani ujian swab sebelum dihantar pulang,” katanya.

Memang kita tidak benarkan pergerakan rentas negeri. Jadi, pelajar yang perlu melalui temu duga untuk kemasukan ke UA boleh dilaksanak­an secara dalam talian.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Proses penghantar­an pulang pelajar oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di kedua-dua kampusnya di Parit Raja dan Pagoh, di Batu Pahat semalam.
(Foto BERNAMA) Proses penghantar­an pulang pelajar oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di kedua-dua kampusnya di Parit Raja dan Pagoh, di Batu Pahat semalam.
 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah /BH) ?? Proses penghantar­an pulang pelajar, terutama dari Sabah dan Sarawak ke negeri masing-masing di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
(Foto Mohd Fadli Hamzah /BH) Proses penghantar­an pulang pelajar, terutama dari Sabah dan Sarawak ke negeri masing-masing di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia