Berita Harian

Konsep keusahawan­an patriotik bantu harungi pasca COVID-19

-

Teguran Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan terhadap majikan yang gemar mengambil pekerja asing berbanding mengutamak­an pekerja tempatan perlu dipandang serius.

Ini berlaku kerana pekerja asing dikatakan diberikan gaji lebih rendah, tidak perlu dibayar kerja lebih masa, skim Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain kononnya pekerja tempatan tidak berminat bekerja dalam sektor tertentu.

Masalah ini semakin serius kerana Malaysia dibanjiri berjuta-juta pekerja asing hingga keadaan seperti tidak terkawal di kawasan tertentu, sekali gus membawa masalah seperti kejadian jenayah, amalan kebersihan, sosiobuday­a, isu pendidikan dan kesihatan awam.

Ia semakin memburuk era pandemik COVID-19 dengan unjuran beberapa pihak bahawa beratus-ratus ribu hingga lebih dua juta rakyat akan hilang pekerjaan akibat krisis sedunia ini.

Pada peringkat Kabinet, pihak kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankua­sa Kabinet bagi membincang­kannya dan semoga masalah membarah ini akan diatasi. Di sebalik usaha itu, dalam konteks keusahawan­an, masalah ini boleh dikurangka­n jika kerajaan memperkena­l dan memperkuku­hkan konsep keusahawan­an patriotik.

Dari segi takrifan, patriotik ialah perasaan cinta kepada negara, ingin berbakti, hormat, bangga dan amat setia kepada negara. Patriotik juga suatu rasa ikatan, menyatakan sokongan, sanggup berjuang untuk negara dan mempunyai kewajipan terhadap negara.

Kita melihat semangat patriotik rakyat apabila bersama menyokong pasukan negara dalam Piala

Suzuki, menyokong Datuk Lim Chong Wei beraksi dan bersedih terhadap kematian perwira negara di perbatasan.

Apakah keusahawan­an patriotik? Pada asasnya, ia ditakrifka­n sebagai proses mewujud dan mengembang­kan usahawan, usahaniaga serta ekosistem keusahawan­an yang cintakan negara dan mementingk­an negara dalam pelbagai aspek.

Keusahawan­an patriotik bermaksud usahawan dan usahaniaga mementingk­an serta mengambil pekerja tempatan kerana cintakan negara dan rasa tanggungja­wab terhadap rakyat dan menyediaka­n persekitar­an kerja baik kerana kewajipan terhadap negara.

Juga mengenakan harga adil dan berpatutan untuk kepentinga­n rakyat dan memelihara alam sekitar agar tidak merosakkan khazanah negara.

Ia juga bermakna mengamalka­n etika kerja dan standard tinggi sebagai tanda sokongan kepada negara, menjana pendapatan untuk negara seperti membayar cukai dan membawa pendapatan dari luar negara sebagai tanda bakti kepada negara.

Selain itu, mematuhi undang-undang negara atas sifat sayang dan setia kepada negara, mengutamak­an negara dalam semua aktiviti perniagaan, selain tidak terbabit dengan korupsi, melanggar undang-undang serta mensabotaj ekonomi negara.

Keusahawan­an patriotik wujud di Amerika Syarikat (AS) dengan pelbagai industri dan perniagaan mengutamak­an negara menjadi tulang belakang sektor ekonomi dengan usahawan ditakrifka­n sebagai pemilik perniagaan serta seorang yang patriotik.

Di Afrika, Tony Elumelu mengambil tugas patriotik dengan mengasaska­n program keusahawan­an dengan dananya sendiri untuk melahirkan 10,000 usahawan patriotik dan mencipta kekayaan untuk masyarakat (bukan sekadar kepada pemegang saham).

Mungkin mengejutka­n bagi sebahagian pihak jika mengetahui Kerajaan China juga mementingk­an konsep keusahawan­an patriotik. Dalam satu dasar dibincangk­an September 2017, China menetapkan patriotik sebagai elemen teras dalam keusahawan­an dengan usahawan patriotik ditakrifka­n sebagai mereka yang boleh menyumbang dengan lebih banyak kepada ekonomi dan masyarakat China.

China menggesa usahawan supaya lebih patriotik dan profesiona­l, selain mengutamak­an inovasi serta tanggungja­wab sosial. Untuk memajukan konsep itu, dasar baharu diperkenal­kan turut membincang­kan kaedah memajukan keusahawan­an patriotik, merangka persekitar­an kondusif untuk perniagaan, menginspir­asi kelahiran lebih ramai usahawan, melindungi hak dan kepentinga­n usahawan, mewujudkan persaingan adil serta mempromosi inovasi.

Dalam era globalisas­i, kita tidak dapat lari daripada menyukai makanan asing, meminati pasukan bola sepak antarabang­sa, melancong ke luar negara dan mengikuti perkembang­an dunia. Namun, ia tidak patut dijadikan alasan oleh kerajaan dan industri untuk tidak mempromosi keusahawan­an patriotik dengan kerajaan seharusnya mengimbang­kan konsep keusahawan­an patriotik dengan impak globalisas­i.

Kita mempunyai kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, berbangga atas penerimaan dunia terhadap Halal Malaysia dan pelbagai kisah kejayaan usahawan Malaysia di dunia, tetapi adakah rakyat dan usahawan Malaysia patriotik seperti di Jepun, Korea dan Jerman?

Kerajaan mewujudkan ratusan program pembanguna­n keusahawan­an, tetapi sejauh mana elemen patriotik ditekankan sebagai perkara utama? Malaysia memiliki syarikat busana Muslimah yang hanya mengambil pekerja tempatan, tetapi sejauh mana kerajaan menggubal dasar fiskal dan insentif yang merangsang perkembang­an usahawan dan syarikat tempatan patriotik?

Di sebalik anugerah dan pengiktira­fan oleh kerajaan dan industri, wujudkah anugerah untuk usahawan atau usahaniaga patriotik? Ketika industri tertentu dibenarkan menggajika­n pekerja asing, tidak bolehkah cukai tertentu dikenakan ke atas mereka untuk manfaat warga tempatan dan usahaniaga tempatan?

Konsep keusahawan­an terkini menggunaka­n konsep 3P, iaitu People, Planet & Profit. Sudah sampai masanya, ia diubah suai menjadi 4P, iaitu People, Planet, Patriotic, & Profit. Kerajaan disarankan menerima pakai konsep keusahawan­an patriotik dan menterjema­hkannya ke dalam pelbagai dasar, strategi dan industri merentasi Kerajaan Pusat, negeri serta tempatan.

Dasar keusahawan­an patriotik boleh dirangka dan diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12, selain pelbagai indikator perlu diwujudkan untuk memperkena­l dan mengembang­kan konsep ini dan memperkuku­h ekosistem berkaitan di dalam negara.

Oleh itu, bukan sahaja masalah pekerja asing dan penganggur­an rakyat boleh dikurangka­n, bahkan kita berupaya mengharung­i pasca COVID-19 dengan mengutamak­an negara, mementingk­an rakyat serta mewujudkan usahaniaga tempatan berdaya saing.

Dasar keusahawan­an patriotik boleh dirangka dan diserap ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12, selain pelbagai indikator perlu diwujudkan untuk perkenal dan kembangkan konsep ini dan memperkuku­h ekosistem berkaitan di dalam negara.

 ?? (Foto hiasan) ?? Konsep keusahawan­an patriotik mampu mewujudkan usahaniaga tempatan berdaya saing dan mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap pekerja asing.
(Foto hiasan) Konsep keusahawan­an patriotik mampu mewujudkan usahaniaga tempatan berdaya saing dan mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap pekerja asing.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia