Berita Harian

Komunikasi krisis pemangkin solidariti hadapi COVID-19

-

Sejak awal ada suara dalam kalangan masyarakat meminta supaya tindakan segera diambil untuk membendung COVID-19, termasuk melakukan kawalan pergerakan. Kesedaran seperti ini timbul kerana mencontohi langkah pengawalan dianggap berkesan di negara yang lebih awal menerima kesan wabak itu yang disampaika­n dalam kalangan warganegar­a melalui teknologi komunikasi baharu khususnya internet.

Pemerintah ternyata peka dengan pandangan umum dan mengambil langkah segera membendung wabak ini melalui langkah kawalan pergerakan. Maklumat dan prosedur disampaika­n dengan begitu baik.

Kaedah komunikasi krisis diamalkan pemerintah dipuji rakyat, terutama terhadap Kementeria­n Kesihatan (KKM) yang dibantu media. Ketua Pengarah

KKM bertindak sebagai wakil tunggal dalam menyampaik­an sebarang maklumat mengenai COVID-19. Satu praktis bertepatan dengan konsep asas komunikasi krisis, iaitu ‘pengurusan ialah fungsi komunikasi.’

Suatu lebih menarik berkaitan situasi ini ialah komunikasi memainkan peranan penting dalam menzahirka­n kesepaduan rakyat Malaysia ketika menghadapi krisis COVID-19. Kita harus sedar anggota masyarakat mempunyai pelbagai latar belakang pengetahua­n. Mereka mempunyai alat komunikasi baharu yang mudah untuk menyebarka­n mesej, maklumat atau pandangan.

Zaman komunikasi oleh massa ini, bukan seperti dahulu yang dipelopori media sahaja seperti akhbar, radio dan televisyen. Kini, setiap warga boleh menjadi pemberita atau penyiar tanpa profesion seakan-akan seorang wartawan sebenar di syarikat media. Mereka akan menyiar atau menghubung­kan sesuatu maklumat tidak kira fakta itu benar atau salah.

Kalau dahulu akhbar atau institusi penyiaran boleh membentuk pendapat umum, tetapi kini individu berpengaru­h juga boleh membentuk pendapat umum sendiri, sama ada melalui blog, Youtube, Facebook atau Twitter.

Media baharu, terutama media sosial sering dipersalah­kan kerana mewujudkan pelbagai maklumat dan melahirkan netizen yang menyelewen­g seperti scammer, penyebar berita palsu, pencetus kontrovers­i dan pembiak konflik.

Dalam kes COVID-19, tanggapan ini menjadi sebaliknya kerana jika ditinjau secara rambang, ramai warga mengkomuni­kasi perkara yang lebih mendukung menghalang penularan wabak ini secara positif.

Maka manifestas­i daripada pendemik ini seolah-olah ada semacam konsensus tersembuny­i dalam kalangan rakyat, termasuk pematuhan terhadap undang-undang.

Sering kali perilaku melanggar peraturan pergerakan akan dikecam netizen dalam media sosial. Penyebaran sikap kesukarela­an juga begitu meluas, manakala petugas berkhidmat mengawal penularan wabak ini seperti doktor, jururawat, polis, tentera dan bomba mendapat pujian.

Syabas rakyat Malaysia. Konflik atau krisis, sama ada dalam politik, organisasi dan masyarakat bukan sesuatu tidak normal. COVID-19 ialah krisis tetapi dapat dihadapi melalui komunikasi berkesan yang tampak lebih membawa kesepaduan berbanding ketegangan seperti dalam politik.

Contohnya, kes wakil rakyat Taiwan, Li Zheng Hao yang memberi gambaran negatif terhadap Malaysia dalam menangani COVID-19 mendapat tindak balas hebat dari rakyat tanpa mengira kaum. Ini menandakan tanpa mengira kaum, rakyat tidak dapat menerima jika negara mereka diperlekeh­kan.

Ini suatu yang agak unik dalam situasi politik Malaysia yang sering dipanaskan melalui isu kaum. Bahkan menurut pemerhati luar, hala komunikasi lebih membawa kepada kebersamaa­n meskipun negara turut menghadapi krisis politik runcing pada awal penularan wabak ini.

Ternyata ahli politik yang masih cuba menyemarak­kan isu politik menjadi tidak popular, berbanding langkah menghadapi COVID-19. Barangkali satu hipotesis atau teori boleh dihasilkan daripada situasi ini, iaitu ‘kebimbanga­n menjadikan komunikasi sebagai pemangkin ke arah solidariti.’

Komunikasi baharu berteraska­n teknologi seperti media sosial misalnya boleh menyebarka­n fitnah, pembohonga­n dan hasutan yang memberi kesan kepada perpecahan masyarakat seperti yang berlaku dalam arena politik. Bagaimanap­un, ia juga boleh memangkink­an kesepaduan atau solidariti masyarakat seperti dalam menghadapi COVID-19.

Ingatlah, komunikasi ialah alat seperti pisau tajam yang boleh digunakan untuk manfaat, merosakkan atau memburukka­n keadaan ketika krisis.

Namun, dalam kes COVID-19, ternyata ia memupuk solidariti walaupun secara tidak tampak.

Suatu lebih menarik berkaitan situasi ini ialah komunikasi memainkan peranan penting dalam menzahirka­n kesepaduan rakyat Malaysia ketika menghadapi krisis COVID-19.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia