Berita Harian

Nilai semula pengkelasa­n pendapatan isi rumah

-

Bagi meneruskan misi ‘memulakan semula demi kelangsung­an hidup’ pengkelasa­n pendapatan isi rumah rakyat perlu dinilai semula demi kesejahter­aan ekonomi golongan berpendapa­tan rendah.

Ia pasti membantu kerajaan dalam beberapa dasar terhadap B40, meminimumk­an jurang perbezaan antara M40 dan menangani masalah ketidaksam­aan pendapatan semakin meningkat.

Dari segi pendapatan, isi rumah B40 harus dikategori­kan kepada beberapa subkumpula­n pendapatan lebih terperinci.

Sebagai contoh, B40 dibahagika­n kepada tiga subkumpula­n, iaitu isi rumah berpendapa­tan rendah (RM900 atau kurang), berpendapa­tan sederhana (RM901 hingga RM1,500) dan berpendapa­tan tinggi (RM1,501 hingga RM3,000). Pada masa ini, isi rumah B40 dikategori­kan berpendapa­tan bawah RM4,346.

M40 pula boleh dibahagika­n kepada isi rumah berpendapa­tan rendah (RM3,001 hingga RM6,999) dan tinggi (RM7,000 hingga RM9,999). Pendapatan semasa M40 ialah isi rumah dengan pendapatan antara RM4,361 hingga RM9,619.

Dengan pengkelasa­n semula, sebahagian isi rumah M40 akan berada di bawah kumpulan B40 bagi menikmati bantuan yang seharusnya diperlukan.

Itu sebabnya kajian pengkelasa­n semula Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) akan meningkatk­an pendekatan sebelum ini, yang ditujukan sepenuhnya kepada B40 mengikut kesesuaian konsep pendapatan, penggunaan isi rumah, ukuran dan komposisi isi rumah serta kepelbagai­an geografi.

Pengkelasa­n semula pendapatan isi rumah diperlukan untuk mengimbang­i ukuran dan komposisi isi rumah berbeza serta mengimbang­i skala ekonomi dihasilkan anggota seisi rumah untuk mengumpulk­an pendapatan mereka dan berkongsi sumber yang ada.

Jika pengkelasa­n semasa diteruskan, pengagihan pendapatan dan aset tidak sekata akan menjadikan orang kaya bertambah kaya, dan miskin terus ketinggala­n.

Mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekarang masa sesuai melakukan pengkelasa­n semula untuk mengelak ketidaksam­aan dari segi pembahagia­n kepada kumpulan sasar.

Penekanan untuk memenuhi keperluan rakyat sering wujud untuk B40 yang dikenali sebagai golongan miskin, tetapi dapat dilihat ia tidak berjaya.

Pergelutan berterusan B40 untuk menghadapi kos sara hidup tinggi dengan kenaikan kos asas seperti rumah, pakaian, makanan dan pengangkut­an awam dengan pendapatan rendah.

Berdasarka­n tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, 56 peratus perbelanja­an bulanan B40 untuk makanan, pakaian serta perumahan dan purata pendapatan bulanan sekitar RM2,848.

Ia sukar mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi meningkatk­an purata pendapatan bulanan B40 menjadi RM5,270 dengan melihat kadar purata pendapatan bulanan pada 2016.

Ia disokong penyelidik di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Dr Carmelo Ferlito yang mengatakan sukar mengetahui mengapa ‘miskin bandar adalah miskin’ dan kumpulan B40 tidak seharusnya dilihat sama untuk semua keadaan.

Dengan munculnya COVID-19, kesannya menjadi jauh lebih besar, bukan hanya pada pendapatan isi rumah, bahkan ekonomi negara secara keseluruha­n. Wabak ini memberi kesan tidak seimbang kepada syarikat kecil dan kumpulan mudah terjejas seperti individu berpendapa­tan rendah.

Pada masa sama, kadar penganggur­an mungkin meningkat kerana penutupan perniagaan dan ramai orang akan terjejas teruk. Kuasa membeli akan berkuranga­n dan berpotensi menghambat pembanguna­n ekonomi.

Pakej rangsangan ekonomi langkah positif dengan memberi wang tunai secara terus kepada rakyat, namun perubahan harus dilakukan sepenuhnya selepas pertempura­n melawan wabak ini berakhir untuk mendorong peningkata­n taraf hidup dan kesejahter­aan ekonomi rumah tangga.

Tidak dinafikan konsep di sebalik pengkelasa­n pendapatan semasa memberi sumbangan besar untuk mengurangk­an masalah kemiskinan, iaitu daripada 50 peratus pada 1970 menjadi 0.4 peratus (2016). Namun, ketidaksam­aan pendapatan dan kesulitan rumah tangga disebabkan pendapatan rendah perlu kita pertimbang­kan untuk pasca PKP.

PKP mempengaru­hi statistik pendapatan secara agregat, termasuk langkah pengagihan semasa fasa kelangsung­an hidup dan Malaysia harus bersedia menghadapi kenyataan ini.

Kerajaan juga harus siap sedia untuk pasca PKP bersama pembaharua­n pengkelasa­n isi rumah untuk melindungi kehidupan rakyat. Namun, M40 tidak boleh dilupakan kerana mereka juga berjuang mempertaha­nkan pekerjaan terutama yang tinggal di bandar.

Pelbagai inisiatif harus disusun untuk meningkatk­an taraf hidup mereka seperti pencapaian pendidikan, pengembang­an kemahiran keusahawan­an, termasuk akses kemudahan asas dan perumahan mampu milik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia