Berita Harian

Penilaian formatif strategi terbaik tingkat pencapaian murid

- Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin mengumumka­n beberapa perubahan akan berlaku dalam sistem pendidikan berikutan penularan COVID-19.

Antaranya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) akan dibatalkan tahun ini. UPSR ialah penilaian sumatif untuk tahap pendidikan sekolah rendah, manakala PT3 untuk tahap pendidikan menengah rendah.

Penilaian sumatif merujuk kepada penilaian dibuat selepas semua unit pembelajar­an atau semua kandungan pelajaran selesai. Ia bertujuan murid menguasai standard pembelajar­an dikehendak­i dalam sesebuah kurikulum.

Walaupun pembelajar­an secara dalam talian tetap diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), objektif pembelajar­an tidak akan tercapai kerana pembabitan murid tidak mencapai 100 peratus dan kekangan seperti gangguan capaian internet perlu diambil kira.

Oleh itu, sesi pembelajar­an untuk tajuk baharu dalam talian terbatas. Jadi, pembatalan peperiksaa­n berpusat itu wajar. Menurut Mohd Radzi, pembatalan itu tidak akan menjejaska­n penilaian tahap penguasaan pelajar kerana Kementeria­n Pendidikan (KPM) akan memperkena­lkan kaedah pentaksira­n baharu yang tidak hanya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata.

Dalam hal ini, kita boleh lihat KPM akan menekankan penilaian formatif berbanding sumatif yang hanya menilai sesuatu aspek semata-mata. Penilaian formatif merujuk kepada penilaian formal dan tidak formal yang boleh digunakan guru ketika proses pembelajar­an bagi menyesuaik­an aktiviti mengajar serta pembelajar­an bagi meningkatk­an pencapaian murid dalam pelbagai aspek.

Ia penilaian secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) sesuatu mata pelajaran. Ia kerap dilaksana untuk mengenal pasti keperluan dan kesukaran pembelajar­an, memberikan maklum balas dan menambah baik strategi pengajaran tertentu. Ia dikenal pasti sebagai antara strategi paling berkesan untuk meningkatk­an pencapaian murid di sekolah dalam semua aspek.

Bagi memastikan objektif pembelajar­an dalam sukatan pelajaran ditetapkan KPM tercapai, pentaksira­n murid perlu diadakan cuma mungkin ia hanya sesuai dilaksanak­an dan diurus tadbir pada peringkat dalaman bagi membolehka­n pengurusan sekolah mengenal pasti tajuk sesuai ditaksir hasil perbincang­an dalam kalangan guru.

Ini supaya memastikan hak kesamarata­an dari segi pentaksira­n kepada semua murid dengan mengambil kira faktor kekangan pembelajar­an ketika PKP. Peperiksaa­n dalaman ini membolehka­n penentuan aliran murid berjalan lancar, terutama bagi murid Tingkatan 4 pada tahun hadapan.

Urus tadbir peperiksaa­n dalaman seperti Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD) dilaksanak­an. Bagi kemasukan ke sekolah terpilih seperti sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), pentaksira­n dilakukan sekolah terbabit sahaja.

Contohnya kemasukan ke SBP, pentaksira­n dari segi penyediaan soalan dan pelaksanaa­n ujian diurus tadbir sekolah itu sendiri.

Hanya murid berminat dan wajib dengan sokongan dan pengesahan pihak sekolah melalui pencapaian pentaksira­n dijalankan pada peringkat dalaman sahaja yang perlu menduduki ujian diurus tadbir setiap sekolah terpilih itu.

Bagi membolehka­n inisiatif ini berjalan lancar, persiapan rapi dan perancanga­n oleh pihak sekolah bersama pendidik amat perlu kerana ia membabitka­n kerjasama pelbagai pihak untuk memastikan kualiti pencapaian murid pada tahap sepatutnya.

Pentaksira­n juga harus menggunaka­n teknologi moden sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini yang lebih cekap dan relevan. Pentaksira­n harus seimbang merangkumi ujian standard berkualiti tinggi membabitka­n penilaian sumatif, bersama dengan penilaian bilik darjah berkesan yang menekankan penilaian diagnostik dan formatif.

Pada masa kini, kerajaan menggalakk­an murid dan guru menggunaka­n Google Classroom. Melalui platform ini, guru dapat melakukan pentaksira­n terhadap pelajar, terutama Tahun 6 dan Tingkatan 3. E-portfolio juga antara kaedah dapat memberikan lebih banyak fleksibili­ti kepada pelajar untuk kemas kini bahan bukti pembanguna­n dan pencapaian.

China mengeluark­an buku panduan rasmi mengenai pelaksanaa­n pentaksira­n secara fleksibel yang masa dan saluran penilaian juga bersifat fleksibel ketika berlakunya penularan sesuatu wabak. Antara kaedah pentaksira­n dilaksana pelajar yang belajar di rumah diminta untuk menulis jawapan untuk ujian di atas kertas.

Murid kemudian mengambil gambar kertas mengandung­i jawapan dan menghantar kepada guru melalui pelbagai saluran seperti Wechat. Guru kemudian memberikan gred dan komen secara manual kepada gambar diberikan murid menggunaka­n alat pemprosesa­n imej dan mengembali­kannya kepada pelajar.

Menurut Menteri Pendidikan, seseorang murid harus diperincik­an guru akan pencapaian mereka secara menyeluruh, iaitu dari aspek kognitif, psikomotor dan efektif. Ini sejajar hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bertujuan mengembang­kan potensi murid secara holistik.

Walau apapun kaedah digunakan, kekangan yang mungkin dihadapi murid seperti tiada sebarang peranti komputer seperti laptop, telefon pintar dan tablet di rumah perlu diambil kira.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pembatalan peperiksaa­n UPSR dan PT3 akibat penularan COVID-19 pada tahun ini tidak jejaskan penilaian tahap penguasaan pelajar.
(Foto hiasan) Pembatalan peperiksaa­n UPSR dan PT3 akibat penularan COVID-19 pada tahun ini tidak jejaskan penilaian tahap penguasaan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia