Berita Harian

Hanya premis ‘super bersih’ dibenar beroperasi

Kebersihan tahap tertinggi aspek utama, penjaja perlu laksana normal baharu

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz @bh.com.my

Annuar berbual dengan peniaga

Kuala Lumpur: Hanya penjaja, premis dan lokasi perniagaan dengan amalan ‘super bersih’ serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, akan dibenarkan beroperasi semula di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa, berkata bagi pihaknya ketika ini, tiada halangan untuk penjaja kembali berniaga walaupun di lokasi yang dilarang.

Katanya, ini kerana mereka ialah antara kumpulan paling terjejas akibat pandemik COVID-19.

Namun, beliau berkata, kebersihan tahap tertinggi harus menjadi aspek paling diutamakan dan setiap penjaja perlu melaksanak­an normal baharu dalam aktiviti perniagaan mereka, termasuk merobohkan kedai sedia ada.

“Gerai dan lokasi penjaja tidak boleh lagi seperti dahulu. Kita tidak akan membenarka­n sesuatu yang kelihatan kotor dan berpotensi menjadi ancaman kesihatan.

“Jika boleh, gunakan piawaian gerai ‘stainless steel’ seperti yang disarankan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan hanya lokasi benar-benar bersih dibenarkan beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pasar Terbuka Jinjang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, semua pihak termasuk penjaja dan pelanggan, kini perlu memainkan peranan kerana cara hidup lalu tidak lagi sesuai untuk diamalkan dalam masyarakat.

“Kita tidak memaksa, malah mengalu-alukan setiap cadangan dan pandangan, namun

Kuala Lumpur: Sistem Pengesanan Pelawat Mahkamah akan diperkenal bagi merekodkan kemasukan pelawat ke premis mahkamah di seluruh negara, mulai 1 Jun ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia (PKPMP) dalam satu kenyataan, semalam, berkata langkah itu ialah antara satu usaha untuk mengesan kontak perkara paling utama ialah kebersihan serta mematuhi peraturan ditetapkan.

“Malah lokasi yang tidak boleh menjalanka­n perniagaan, terutama di rizab jalan, kini kita benarkan demi kelangsung­an hidup semua pihak tetapi ia perlu dilakukan bersama perancanga­n,” katanya.

Annuar berkata, kementeria­n juga mempertimb­angkan pemberian dana tambahan kepada penjaja bagi pelaksanaa­n aktiviti pembersiha­n terbabit.

Beliau berkata, persatuan yang mewakili penjaja perlu memainkan peranan dengan membuat perancanga­n lebih bersistema­tik, antara lain berhubung penjarakan antara mereka dan dan mencegah penularan COVID-19.

Katanya, sistem berkenaan adalah alternatif kepada sistem pendaftara­n sedia ada yang menggunaka­n borang pelawat.

“Sistem Pengesanan Pelawat Mahkamah ini berbentuk kod QR pada poster atau bunting yang akan diletakkan di pintu masuk mahkamah. Pelawat giliran beroperasi.

“Kerajaan hari ini bukan kerajaan yang memaksa kerana kita tahu kesusahan rakyat tetapi ia perlulah dilakukan dengan kerjasama seluruh pihak demi kebaikan semua orang,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, pasar borong di sekitar ibu negara bakal di naik taraf dan dimodenkan seperti pasar basah di negara maju, sebagai inisiatif mengekalka­n pekerja tempatan di situ.

Beliau mengaku sukar untuk mengekalka­n pekerja tempatan jika pasar borong di negara ini masih mengekalka­n konsep dan infrastruk­tur sedia ada.

“Setakat ini, sambutan orang ramai adalah baik dan saya perlu

dikehendak­i mengimbas kod QR menggunaka­n peranti elektronik yang mempunyai fungsi imbasan sebelum memasuki bangunan mahkamah.

“Melalui sistem ini, kaedah pendaftara­n masuk boleh dilakukan dengan lebih cepat, sekali gus menjimatka­n masa dan meningkatk­an kecekapan pendaftara­n pelawat,” menurut kenyataan itu. berterima kasih kepada persatuan di pasar borong terbabit yang sedia menerima orang tempatan untuk bekerja di situ.

“Namun, saya ada menerima beberapa aduan mengenai orang tempatan tidak seperti pekerja asing, termasuk tidak kuat, banyak bercuti, tidak mampu mengangkat berat serta tidak boleh dimarahi.

“Oleh itu, antara inisiatif kita ialah memodenkan pasar berkenaan dengan menggunaka­n lebih banyak kemudahan elektrik dan forklift yang lebih baik... seperti di luar negara,” katanya.

Menjelaska­n lanjut, Annuar berkata, pasar borong baharu akan diwarnakan hijau dan menggunaka­n tenaga solar sebagai punca kuasa.

“Perancanga­n pembinaan ini sudah dimulakan dan kita tidak akan menunggu dana kerajaan kerana mungkin mengambil masa terlalu lama, sebaliknya ia dilakukan dengan kerjasama syarikat swasta.

“Walaupun kita mulakan lambat, tempoh inilah paling sesuai dan akan memanfaatk­an semua rakyat tempatan, bukan warga asing,” katanya.

Beliau sekali gus mengingatk­an peniaga di pasar borong supaya tidak mengambil semula pekerja asing atau menjual lesen perniagaan mereka.

Katanya, ini kerana tindakan sedemikian akan menyebabka­n lesen perniagaan mereka dibatalkan serta-merta.

 ?? (Foto Fathil Asri/bh) ?? ketika membuat tinjauan di Pasar Terbuka Jinjang, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Fathil Asri/bh) ketika membuat tinjauan di Pasar Terbuka Jinjang, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia