Berita Harian

3.9 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas hidap diabetes

-

Putrajaya: Seorang daripada lima individu dewasa atau kirakira 3.9 juta orang berusia 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes, menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata prevalen diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus berbanding 13.4 peratus pada 2015.

“Peningkata­n penyakit diabetes di Malaysia adalah salah satu dapatan NHMS 2019 yang merisaukan. Sejumlah 49 peratus daripada penghidap diabetes di Malaysia, tidak pernah diperiksa atau didiagnosi­s menghidap penyakit ini,” katanya ketika membentang­kan dapatan NHMS 2019 di Kementeria­n Kesihatan, di sini, semalam.

Menurut dapatan tinjauan itu lagi, tiga negeri merekodkan penyakit diabetes tertinggi, iaitu Negeri Sembilan, Perlis dan Pahang.

Dr Adham berkata, berdasarka­n NHMS 2019, seorang daripada empat individu dewasa berusia 16 tahun ke atas di negara ini didapati tidak aktif secara fizikal, manakala kira-kira 50 peratus penduduk dewasa mengalami berat badan berlebihan.

Selain itu, beliau berkata, 95 peratus orang dewasa di Malaysia tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi.

Katanya, dapatan NHMS 2019 juga mendapati setengah juta rakyat dewasa di Malaysia mengalami kemurungan dengan prevalen tertinggi di Putrajaya,

Negeri Sembilan dan Perlis.

Selain itu, beliau berkata, kira-kira 424,000 kanak-kanak didapati mengalami masalah mental dengan faktor utamanya ialah masalah berinterak­si dengan rakan sebaya, tingkah laku, emosi dan hiperaktif.

“Kita mahukan Malaysia yang sihat,” katanya sambil menasihati rakyat Malaysia supaya bertanggun­gjawab dan mengambil berat terhadap kesihatan masing-masing serta mengamalka­n gaya hidup sihat. BERNAMA

Dr Adham Baba

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia