Berita Harian

Pemandu mabuk cederakan penjaja didakwa

-

Kuala Kubu Bharu: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu semalam atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederak­an penjaja di Pasar Malam Pekan Bukit Sentosa, pada 22 Mei lalu.

Tertuduh Kang Ming Han, 32, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mengikut fakta kes pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkelakua­n tidak senonoh apabila mengeluark­an kata-kata kesat kepada seorang anggota polis, Shahidan Abdul Khalil di Balai Polis Bukit Sentosa Hulu Selangor, mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan boleh dihukum di bawah peruntukan seksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh terhadap penjaja, iaitu Norisham Abdul Rashid, 42 dan Mahadin Senan 41, dan Baharum Ab Manaf, 61, dengan cara melanggar mangsa menggunaka­n kenderaan jenis pikap Toyota Hilux.

Tertuduh didakwa melakukan pertuduhan itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan di tapak Pasar Malam Pekan Bukit Sentosa, Hulu Selangor kira-kira jam 6.35 petang.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mohamad Amin mencadangk­an jaminan RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

 ??  ?? Kang Ming Han
Kang Ming Han
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia