Berita Harian

PAS Pahang tak letak calon

Beri laluan BN bertanding, sedia gerak jentera bantu calon PN

- Oleh Mohd Rafi Mamat dan Asrol Awang bhnews@bh.com.my

PAS Pahang mengesahka­n tidak akan meletakkan calon daripada parti Islam itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, 4 Julai depan.

Pesuruhjay­a PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata ia bagi memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) yang mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk meletakkan calon mereka bertanding pada PRK berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, PAS kini sudah bersiap sedia menggerakk­an jentera pilihan raya bagi menyokong seterusnya membantu calon PN yang akan bertanding kelak.

“Kita yakin calon dari PN bukan saja akan mengekalka­n kemenangan, malah mencatat kemenangan lebih besar pada PRK kali ini.

“Ia berdasarka­n kepada angka yang diperoleh kedua-dua parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, iaitu calon BN menang dengan memperoleh 10,027 undi, 4,622 (PAS), manakala Pakatan Harapan (PH) hanya 1,065 undi," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, walaupun PRK Chini dilihat sebagai laluan mudah untuk PN meraih kemenangan berdasarka­n kepada jumlah undi antara BN dan PAS, namun pihaknya tetap bersedia dengan susun atur jentera bagi membantu calon PN.

Dalam pada itu, Rosli berkata parti berkenaan juga mencadangk­an calon sama ada daripada PH atau Bebas supaya tidak bertanding untuk menentang calon PN atau BN sebagai calon parti penyandang.

Katanya, ia bagi mengelak berlakunya PRK ketika negara sedang menghadapi pandemik COVID-19 dan mengekalka­n komitmen rakyat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekali gus memutuskan rantaian wabak.

“Ia juga dapat menjimatka­n perbelanja­an, khususnya kewangan parti yang bertanding dan ia (kewangan) boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan ketika krisis pandemik ini. PAS Pahang sangat berterima kasih jika tiada pertanding­an di PRK Chini, namun walau apapun jika ada (pertanding­an), kita sudah bersedia,” katanya.

Hari penamaan calon PRK DUN Chini ditetapkan pada 20 Jun ini.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarha­m yang mewakili BN mempertaha­nkan kerusi disandangn­ya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Kita yakin calon dari PN bukan saja akan mengekalka­n kemenangan, malah mencatat kemenangan lebih besar pada PRK kali ini.

Rosli Abdul Jabar, Pesuruhjay­a PAS Pahang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia