Berita Harian

Polis tahan 6 individu, rampas dadah hampir RM1J

-

Mazlan Lazim

Kuala Lumpur: Polis menahan enam individu, termasuk empat wanita dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarka­n berjumlah hampir RM1 juta dalam operasi di sekitar ibu negara pada Selasa dan Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata dua lelaki dan empat wanita berusia 28 hingga 54 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan yang dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Katanya, serbuan pertama membabitka­n tiga wanita dan seorang lelaki yang ditahan di sebuah kondominiu­m di Jalan Pudu Ulu, di sini, jam 8.15 malam Selasa lalu.

“Hasil pemeriksaa­n, polis menemui dadah disyaki syabu dengan berat anggaran 502 gram (g), ketamin (300g), pil ekstasi (670 biji) serta wang tunai RM3,000.

“Suspek lelaki mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Mazlan berkata, pihaknya menahan seorang lelaki dan seorang wanita dalam serbuan kedua di sebuah kondominiu­m di Taman Tenaga, di sini, kira-kira jam 12.40 tengah malam Rabu lalu.

“Polis menemui pelbagai jenis dadah antaranya ketamin (2,910g) pil erimin 5 (400 biji) dan pil ekstasi (2,485 biji).

“Turut disita dua kereta jenis Nissan X-trail serta wang tunai RM20,240. Suspek lelaki mempunyai enam rekod jenayah berkaitan dadah,” katanya semua suspek kini direman selama empat hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BERNAMA disyaki syabu antara dadah ditemui dalam serbuan

Kuantan:

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia