Berita Harian

Pelajar labur wang ibu rugi RM86,270

-

Kuantan: Seorang pelajar universiti kerugian RM86,270 selepas melaburkan wang simpanan ibunya untuk pelaburan emas yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian berlaku apabila lelaki dikenali sebagai Syed Omar itu meminta mangsa untuk melabur dalam pelaburan emas kononnya dikelolaka­n oleh Bank Negara Malaysia pada 2 Mei lalu.

Katanya, mangsa pada mulanya enggan melabur, namun selepas dipujuk dan dimaklumka­n wang itu akan dipulangka­n membuatkan mangsa tertarik dan bersetuju.

“Mangsa kemudian membuat pemindahan wang RM86,270 daripada akaun ibunya secara berperingk­at pada 3 hingga 23 Mei lalu ke dalam akaun suspek yang baru dikenaliny­a 10 bulan lalu.

“Ia adalah sebagai bayaran untuk modal pelaburan serta bayaran denda kelewatan bagi bayaran modal,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Wazir berkata, siasatan mendapati sehingga kini suspek masih mendesak mangsa supaya membuat bayaran dan susulan itu mangsa berasakan dirinya ditipu, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sementara itu, di Shah Alam, seorang wanita warga emas kerugian RM60,000 selepas ditipu kekasih siber yang dikenaliny­a daripada laman Facebook melalui sindiket ‘Parcel Scam’.

Wanita bujang berusia 60 tahun itu mengenali kekasihnya, yang kononnya berada di Switzerlan­d sejak dua bulan lalu sebelum menyedari ditipu suspek.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata sepanjang tempoh perkenalan itu, pelbagai janji manis ditabur suspek yang dipercayai didalangi sindiket warganegar­a Nigeria.

“Suspek kononnya menjanjika­n barangan berharga seperti emas, beg tangan dan wang tunai bernilai USD2 juta (RM8.2 juta) yang akan dihantar sebagai hadiah tanda cinta kepada mangsa.

“Mangsa yang termakan kata-kata manis si ‘awang hitam’ itu diperdaya untuk menyerahka­n atau membuat pembayaran wang kepada ejen kurier sebagai kos proses untuk melepaskan barangan yang ditahan,” katanya pada sidang media di IPD Shah Alam, semalam.

Bagaimanap­un, selepas beberapa transaksi pembayaran dilakukan mangsa membabitka­n jumlah yang besar, mangsa masih tidak menerima barangan yang dijanjikan.

"Menyedari dirinya ditipu selepas kehabisan wang simpanan, mangsa kemudian membuat laporan polis pada 23 Mei lalu, sebelum sepasukan anggota Risikan dan Operasi dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Shah Alam melalui ‘Ops Tiong’ berjaya menahan kira-kira lima lelaki warga Nigeria yang dipercayai terbabit dengan kegiatan sindiket penipuan berkenaan.

 ?? (Foto Faiz Anuar /BH) ?? Baharudin menunjukka­n barangan disita milik suspek kes ‘Parcel Scam’ pada sidang media di IPD Shah Alam, semalam.
(Foto Faiz Anuar /BH) Baharudin menunjukka­n barangan disita milik suspek kes ‘Parcel Scam’ pada sidang media di IPD Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia