Berita Harian

200 peniaga, penjaja kecil mohon tapak gerai kekal

MBS diminta pertimbang usul tapak di Taipan 2 Senawang

- Oleh Mohd Amin Jalil bhnews@bh.com.my

Seremban: Sekumpulan peniaga dan penjaja kecil di Senawang berharap Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dapat mempertimb­angkan hasrat mereka mewujudkan tapak gerai tetap di Taipan 2 Senawang bagi meneruskan aktiviti itu.

Penyelaras kumpulan itu, Mustaza Saharudin, 47, berkata kira-kira 200 peniaga kecil ketika ini tidak dapat meneruskan aktiviti perniagaan kerana sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bersyarat (PKPB).

Katanya, peniaga akur dengan arahan kerajaan itu dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19.

“Sebelum ini, peniaga menjalanka­n aktiviti mereka secara berselerak di tepi jalan sekitar Senawang hingga mendorong MBS mengambil tindakan kerana aktiviti itu boleh menyebabka­n penularan wabak COVID-19.

“Susulan larangan itu, kami mengusulka­n supaya satu tapak tetap diwujudkan di Taipan 2 Senawang, bagi membolehka­n peniaga dapat meneruskan semula aktiviti perniagaan sebaik tamat PKPB, namun dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Kami berharap cadangan itu mendapat pertimbang­an sewajarnya oleh pihak MBS demi kepentinga­n peniaga yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti itu untuk menampung keperluan keluarga,” katanya selepas mengadakan perbincang­an dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani di Taipan2, di sini, semalam.

Baru-baru ini, MBS bertindak menyimpan semua peralatan perniagaan penjaja kecil tepi jalan dan merobohkan gerai kerana didirikan tanpa kelulusan sebagai langkah mengelak penularan COVID-19.

Mustaza berkata, cadangan dikemukaka­n itu juga seiring dengan hasrat MBS yang mahu mewujudkan tapak perniagaan kekal bagi membantu peniaga dan penjaja kecil terbabit.

“Kami memahami kehendak MBS yang tidak mahu lagi melihat gerai didirikan di tepi jalan hingga menjejaska­n imej bandar raya, selain boleh menggugat keselamata­n orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Taufek yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Belia dan Sukan negeri berkata, pihaknya akan mengadakan perbincang­an lanjut dengan MBS pada minggu depan, mengenai cadangan peniaga dan penjaja terbabit.

 ?? (Foto Mohd Amin Jalil/bh) ?? Mohamad Taufek berbincang dengan wakil peniaga, penjaja di Taipan 2,
Senawang, semalam.
(Foto Mohd Amin Jalil/bh) Mohamad Taufek berbincang dengan wakil peniaga, penjaja di Taipan 2, Senawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia