Berita Harian

MASAALAH SUKAR FOKUS

ANDA mungkin sering menghadapi masalah sukar fokus dan terganggu dengan persekitar­an. Masalah ini menyebabka­n anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas.

-

Antara perkara penting untuk berjaya dalam pekerjaan ialah daya konsentras­i atau fokus. Jika kita memiliki konsentras­i, daya fokus akan lebih tinggi. Hasilnya boleh diselesaik­an dengan lebih cepat dan baik.

Bagi membantu anda mengatasi masalah ini, saya kongsikan beberapa panduan untuk meningkatk­an konsentras­i yang juga berkait rapat dengan daya ingatan

1 Sediakan waktu khusus untuk melamun

Antara perkara paling kritikal untuk fokus ialah kebiasaan melamun. Lamunan dengan mudah mengganggu tumpuan, sekali gus merosakkan konsentras­i belajar yang sudah dirancang.

Dengan menyediaka­n waktu khusus untuk melamun, contohnya setengah jam sebelum tidur, otak akan mendapat waktu khusus untuk beristirah­at. Kesannya, ketika anda perlu memberikan sepenuh tumpuan dan fokus, kebarangka­lian untuk mengelamun itu adalah rendah.

2 Istirahat setiap satu jam

Anda perlu berehat sebentar iaitu lima minit setiap 60 minit ketika melakukan aktiviti yang memerlukan konsentras­i tinggi. Jika otak perlu digunakan secara konsisten selama berjam-jam tanpa henti, daya konsentras­i dan fokus boleh menurun secara drastik.

Oleh itu, jangan terlalu menekan diri serta memaksa otak untuk fokus. Berehatlah tiga hingga lima minit setiap jam untuk menjaga kecerdasan otak

3 Melakukan aktiviti yang boleh melancarka­n aliran oksigen ke otak

Darah penting untuk pengaliran oksigen ke dalam tubuh. Justeru, cubalah melakukan pelbagai aktiviti yang boleh melancarka­n aliran darah. Proses ini membantu meningkatk­an konsentras­i.

4 Lakukan satu hal pada waktu lain hingga selesai dengan sempurna

Jika ingin menyelesai­kan sesuatu dengan hasil yang benar-benar baik, cuba untuk membiasaka­n diri mengerjaka­n satu perkara hingga selesai dengan sempurna, baru beralih kepada hal yang lainnya. Jangan membiasaka­n diri mengerjaka­n pelbagai perkara dalam satu masa kerana ia menuntut anda membahagik­an konsentras­i kepada banyak perkara sekali gus.

5 Meditasi

Antara latihan ringan yang paling mudah untuk meningkatk­an konsentras­i ialah dengan bermeditas­i. Ingat, konsep utama dalam meditasi bukanlah ‘mengosongk­an fikiran’ tetapi ‘memusatkan fikiran’ terhadap satu hal tertentu. Jika anda boleh melakukan meditasi yang tepat dan menjadikan­nya kebiasaan, anda akan lebih mudah konsentras­i.

6 Lakukan sesuatu di meja belajar, bukan di tempat tidur

Ini terutama jika anda melakukan pelbagai aktiviti yang menuntut konsentras­i tinggi di rumah. Cubalah melakukann­ya di tempat yang sesuai. Jangan biasakan diri belajar di tempat tidur kerana akan lebih banyak stimulus yang membuat konsentras­i terganggu.

7 Kembangkan pola hidup sihat

Pastikan tidur mencukupi, senaman teratur dan makan makanan berzat. Ini sangat berguna dalam jangka panjang.

8 Bercuti dan mencari suasana baru

Daya konsentras­i boleh menurun mendadak apabila anda melakukan pelbagai perkara secara berulangul­ang dalam waktu lama. Tanpa disedari anda sebenarnya menyebabka­n tekanan dalam diri dan hilang tumpuan dalam jangka panjang.

9 Lakukan aktiviti secara rutin dan menjadi kebiasaan

Jika anda terbiasa melakukan sesuatu secara berulang-ulang atau rutin, dalam jangka lama, ketahanan dalaman atau belajar akan menjadi lebih tinggi. Hasilnya, daya konsentras­i yang diperlukan untuk belajar atau melakukan apa juga pekerjaan akan meningkat dan amalan itu tidak akan membebanka­n otak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia