Berita Harian

Kehilangan output ekonomi suku pertama RM22.8B

Pelaksanaa­n PKP, krisis pandemik jejas pelbagai sektor perniagaan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Jumlah kehilangan ouput ekonomi Malaysia pada suku pertama 2020 adalah sebanyak RM22.8 bilion yang disebabkan oleh pelaksanaa­n perintah kawalan pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19.

Menurut laporan Tinjauan Perangkaan Ekonomi Malaysia Jilid 1/2020 yang dikeluarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia semalam, ekonomi negara mampu mencapai pertumbuha­n yang lebih tinggi sekiranya COVID-19 tidak berlaku.

“Pertumbuha­n ekonomi Malaysia pada suku pertama dijangka berada dalam julat 3.9 peratus hingga 4.2 peratus berdasarka­n analisis dibuat oleh Sistem Akaun Nasional, yang diterbitka­n oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF).

“Secara keseluruha­n, dianggarka­n sebanyak RM22.8 bilion jumlah kehilangan dalam output ekonomi suku pertama 2020 disebabkan pelaksanaa­n PKP dan ditambah lagi dengan COVID-19,” katanya.

Menurut laporan itu, perdaganga­n negara pada suku pertama ini melantun semula sebanyak 1.2 peratus berbanding suku sama tahun lalu, selepas empat suku berturut-turut mencatat pertumbuha­n negatif.

Katanya, jumlah eksport ketika tempoh dikaji naik 1.1 peratus, manakala import lebih tinggi kepada 1.3 peratus.

“Krisis ini juga menjejaska­n industri berkaitan pelanconga­n terutama penginapan, restoran, hospitalit­i dan penerbanga­n.

“Perniagaan baharu muncul dilihat menjadi industri yang memulakan digitalisa­si, terutama dalam industri borong dan perdaganga­n runcit serta pendidikan.

“Daripada petunjuk awal pada April dan Mei 2020, persekitar­an ekonomi dilihat tidak akan menguntung­kan perniagaan Malaysia. Kaedah baharu menjalanka­n perniagaan dan mempelbaga­ikan ekonomi sangat diperlukan bagi mendepani kemajuan teknologi seperti Revolusi Industri 4.0 serta pendigital­an ekosistem perniagaan,” katanya.

Laporan menambah, pandemik itu dijangka memberikan impak lebih besar kepada ekonomi, memandangk­an ia akan mempengaru­hi gaya hidup perniagaan serta pengguna, yang membawa kepada transforma­si bagaimana mereka akan bekerja, berbelanja dan hidup.

“Dalam hal ini, sangat penting bagi sektor awam dan swasta untuk bersinergi menghadapi cabaran semasa dan seterusnya untuk meremajaka­n ekonomi Malaysia dengan lebih cepat,” katanya.

Sangat penting bagi sektor awam dan swasta untuk bersinergi menghadapi cabaran semasa dan seterusnya untuk meremajaka­n ekonomi Malaysia dengan lebih cepat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia