Berita Harian

Jumlah pekerjaan baharu diwujud berkuranga­n

-

Jumlah pekerjaan baharu yang diwujudkan pada suku pertama 2020 adalah lebih kecil berbanding tempoh sama tahun lalu.

Laporan Tinjauan Perangkaan Ekonomi Malaysia Jilid 1/2020 yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan Malaysia semalam mendapati, sebanyak 19,000 pekerjaan baharu dicipta pada suku pertama 2020, merosot berbanding 24,000 pada tempoh sama 2019.

“Berdasarka­n pemerhatia­n, pengwujuda­n pekerjaan baharu ini kebanyakan­nya adalah dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

“Mengikut kategori kemahiran pula, 48.3 peratus adalah pekerjaan mahir, sementara 45.7 peratus lagi berada dalam kategori separuh mahir,” katanya.

Dari segi produktivi­ti pekerja pada suku dikaji, nilai tambah kepada pekerjaan merekodkan penurunan 0.8 peratus iaitu RM22,578 untuk seorang berbanding RM24,263 seorang pada suku keempat 2019.

“Produktivi­ti pekerja untuk setiap pekerjaan merosot dalam tempoh yang mencabar ini walaupun kebanyakan industri mengekalka­n pekerjaan di sebalik pertumbuha­n sederhana dalam pengeluara­n.

“Sementara itu, produktivi­ti pekerja Malaysia untuk suku pertama 2020, seperti yang diukur dengan nilai tambah setiap jam bekerja meningkat 2.1 peratus dengan nilai RM40 setiap jam disebabkan oleh penurunan jam kerja yang ketara terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak dipengaruh­i oleh automasi dalam industri,” katanya.

Tambahnya, fasa pertama PKP yang membabitka­n dua daripada 12 minggu dalam suku pertama 2020 menyebabka­n kejatuhan dalam jumlah jam bekerja sebanyak 1.4 peatus kepada 8.6 bilion jam.

“Sebaliknya, nilai tambah yang menunjukka­n penghasila­n barang dan perkhidmat­an domestik tumbuh sedikit pada 0.7 peratus pada suku dikaji berbanding 3.6 peratus pada suku sebelumnya.

“Pekerjaan yang terdiri daripada majikan, pekerja, pekerja yang bekerja sendiri dan pekerja keluarga tanpa gaji mencatatka­n pertumbuha­n yang lebih perlahan iaitu 1.6 peratus dengan anggaran 15.2 juta orang pada suku pertama 2020,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia