Berita Harian

FBM KLCI meningkat 15.75 mata

Sokongan belian kaunter indeks, berita positif pelan pemulihan ekonomi baharu pacu pasaran

-

Bursa Malaysia menongkah arus trend serantau apabila ditutup tinggi semalam susulan sokongan belian dalam kaunter berkaitan indeks dan berita positif mengenai pelan pemulihan ekonomi baharu kerajaan, kata peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 15.75 mata untuk ditutup kepada 1,473.25 daripada paras penutup 1,457.5 pada Khamis.

Indeks itu yang dibuka rendah turun 6.96 mata kepada 1,450.54 pagi semalam berlegar antara paras 1,448.84 dan 1,473.77 sepanjang hari dagangan.

Keseluruha­n suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 650 berbanding 403, manakala 363 kaunter tidak berubah, 484 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 9.04 bilion saham bernilai RM9.31 bilion daripada 6.94 bilion unit bernilai RM5.45 bilion pada Khamis.

Peniaga berkata, bursa tempatan dan bursa utama Asia berada dalam aliran rendah pada sesi awal apabila harapan kepada pemulihan ekonomi global menjadi suram susulan peningkata­n ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Katanya, sentimen dipengaruh­i oleh laporan rancangan Presiden AS, Donald Trump untuk mengadakan sidang media pada Jumaat bagi memaklumka­n perkembang­an mengenai ketegangan perdaganga­n antara kedua-dua negara, pandemik COVID-19 serta rancangan China untuk melaksanak­an undang-undang keselamata­n nasional di Hong Kong.

Bagaimanap­un, bursa melantun semula pada sesi tengah hari apabila minat risiko bertambah baik selepas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumka­n kerajaan akan mengumumka­n tidak lama lagi pelan pemulihan ekonomi baharu.

Pada peringkat serantau, Indeks Nikkei Jepun susut 0.18 peratus kepada 21,877.89, Indeks

Hang Seng Hong Kong menguncup 0.74 peratus kepada 22,961.47 dan Indeks Straits Times Singapura turun 0.18 peratus kepada 2,510.75.

Di pasaran tempatan, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat sembilan sen kepada RM7.50, Petronas Chemicals naik 11 sen kepada RM6.30 manakala Hartalega menokok RM1.40 kepada RM12.54.

Tenaga susut 64 sen kepada RM11.26, Public Bank turun 52 sen kepada RM14.66, IHH jatuh tiga sen kepada RM5.43 dan Maxis susut 11 sen kepada RM5.28.

Dalam kalangan kaunter cergas, XOX naik 1.5 sen kepada lapan sen, Careplus meningkat 29 sen kepada RM1.40, AT Systematiz­ation menambah satu sen kepada enam sen, manakala Eduspec dan Airasia turun setengah sen setiap satu masing-masing kepada 2.5 sen dan 69 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 130.9 mata kepada 10,463.85, Indeks FBMT 100 meningkat 128.93 mata kepada 10,313.21, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 134.79 mata kepada 12,025.22, FBM 70 menokok 240.57 mata kepada 13,195.2 dan FBM ACE naik 90.19 mata kepada 5,619.81.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 10.318 mata kepada 12,482.74, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian naik 2.28 mata kepada 130.06 tetapi Indeks Perladanga­n susut 24.58 mata kepada 6,785.17.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 5.64 bilion saham bernilai RM8.20 bilion daripada 3.65 bilion saham bernilai RM4.49 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan waran naik kepada 563.18 juta unit bernilai RM175.79 juta daripada 522.82 juta unit bernilai RM183.33 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok 2.83 bilion saham bernilai RM930.71 juta daripada 2.76 juta saham bernilai RM772.07 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 670.47 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an perindustr­ian (829.79 juta), pembinaan (568.97 juta), teknologi (349.01 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (255.31 juta), hartanah (1.09 bilion), perladanga­n (206.58 juta), REIT (26.88 juta), dana tertutup (32,200), tenaga (855.27 juta), penjagaan kesihatan (204.52 juta), telekomuni­kasi dan media (173.71 juta), pengangkut­an dan logistik (220.01 juta) dan utiliti (182.48 juta). BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ?? Keseluruha­n suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi.
(Foto hiasan) Keseluruha­n suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia