Berita Harian

Lebih 1,000 maut di Brazil

-

Brasilia: Brazil mencatat rekod baharu kes COVID-19 apabila lebih 1,000 mangsa dilaporkan maut dalam tempoh 24 jam, berdasarka­n rekod rasmi.

Negara Amerika Selatan itu kini kedua paling terjejas di dunia akibat virus itu selepas Amerika Syarikat (AS) dengan 438,238 kes jangkitan.

Menurut data Kementeria­n Kesihatan, 26,417 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam berakhir lewat Khamis.

Dalam tempoh sama, Brazil merekodkan 1,156 orang maut, yang juga kematian harian ketiga tertinggi sejak pandemik itu bermula, menjadikan jumlah keseluruha­n 26,754 kematian setakat ini iaitu yang keenam tertinggi di dunia.

Namun, pakar berpendapa­t angka sebenar jangkitan dan kematian akibat virus itu mungkin 15 kali ganda lebih tinggi kerana ujian tidak dilakukan secara meluas.

Pada masa sama, virus itu terus merebak dengan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan persekutua­n masih berbalah mengenai dasar kesihatan.

Kebanyakan negeri melaksanak­an perintah berkurung berkala tetapi Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, mahukan ia ditamatkan sama sekali dan ekonomi dibuka kembali.

Sementara itu, AS merekodkan 1,297 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

Penambahan itu meningkatk­an jumlah kumulatif 101,573 kematian di AS sejak pandemik virus itu bermula, mengikut data Johns Hopkins University.

Negara itu juga mencatatka­n 1,720,613 kes jangkitan COVID-19, iaitu tertinggi di dunia.

Virus itu kini merebak ke 213 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan mencatatka­n lebih 5.9 juta kes jangkitan dan hampir 362,000 kematian.

 ?? (Foto AFP) ?? Penggali kubur berpakaian perlindung­an diri menyusun keranda di Tanah Perkuburan Awam Duque de Caxias di Rio de Janeiro, Brazil.
(Foto AFP) Penggali kubur berpakaian perlindung­an diri menyusun keranda di Tanah Perkuburan Awam Duque de Caxias di Rio de Janeiro, Brazil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia