Berita Harian

Trump ambil tindakan elak pelajar China intip

AS pertimbang usir ribuan penuntut di institusi pengajian tinggi

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan mengambil tindakan bagi mengelakka­n pelajar China melakukan pengintipa­n.

Perkara itu dimaklumka­n Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo kelmarin, sebelum Trump mengadakan sidang media mengenai isu itu.

Beliau dijadual mengadakan sidang media semalam berhubung ketegangan hubungan China-as termasuk status Hong Kong dan isu berkaitan COVID-19.

Ditanya mengenai laporan dalam The New York Times yang memetik, Trump berkata beliau sedang mempertimb­angkan pengusiran ribuan pelajar China, Pompeo berkata mereka tidak sepatutnya berada di institusi pengajian di AS bagi mengintip.

“Kita tahu ini satu cabaran dan saya yakin Trump akan menghadapi­nya. “Kita ada tanggungja­wab, tugas untuk memastikan pelajar datang ke sini untuk belajar, bukannya mewakili parti Komunis China,” katanya kepada Fox News,

semalam.

The New York Times melaporkan, pentadbira­n Trump sedang mempertimb­angkan pembatalan visa ribuan graduan China yang ada kaitan dengan tentera negara itu.

Tindakan itu sudah tentu dikritik universiti terbabit yang kini semakin mengharapk­an yuran daripada pelajar asing, yang mana China dan India menjadi penyumbang terbesar, lebih-lebih lagi dalam suasana pasca COVID-19 sekarang.

Bagaimanap­un, Pompeo menafikan tindakan itu berunsur perkauman dan menganggap warga China sebagai hebat.

“Ini sama seperti keadaan dengan Russia ketika perang dingin, ini (China) adalah regim komunis kejam dan menjadi ancaman yang nyata kepada AS,” katanya.

Trump, ketika menemui wartawan semalam enggan mengulas lanjut selain berkata: “Kami tidak gembira dengan China.”

AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia