Berita Harian

Russia anggap dasar luar AS berbahaya

-

Moscow: Russia menyelar Amerika Syarikat (AS) sebagai berbahaya dan sukar diramal selepas negara itu menarik diri daripada perjanjian ketenteraa­n dan bertindak meningkatk­an tekanan terhadap Iran.

Pihak yang masih kekal dalam perjanjian nuklear dengan Iran itu termasuk China, Perancis, Jerman, Russia dan Britain.

Jurucakap Menteri Luar, Maria Zakharova, membuat kenyataan itu selepas AS mengumumka­n akan menamatkan pengecuali­an sekatan terhadap negara yang masih kekal menyertai perjanjian nuklear ditandatan­gani dengan Iran.

“Tindakan AS menjadi semakin berbahaya dan sukar diramal selain bersifat mengganggu ketenteram­an sedia ada,” katanya yang turut menuduh Washington memperkeci­lkan isu keselamata­n antarabang­sa.

Pegawai AS pula dilaporkan berkata, pihaknya akan menarik diri daripada Perjanjian Open Skies dan memberi notis segera menamatkan kebenaran pihak tentera negara anggota melakukan penerbanga­n tinjauan di ruang udara mereka.

Zakharova turut mengkritik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana menarik diri daripada perjanjian peluru berpandu INF tahun lalu.

Badan dunia itu juga ditegur kerana gagal memperbaha­rui komitmen kepada perjanjian kawalan senjata New START bersama Russia yang akan berakhir tahun depan.

Pada 2018, Presiden AS, Donald Trump, menarik diri daripada perjanjian penting yang dapat membendung kegiatan nuklear Iran secara ketara dan mengenakan sekatan ke atas negara itu.

Rabu lalu, AS mengumumka­n penamatan pengecuali­an sekatan terhadap negara kekal menyertai perjanjian nuklear Iran itu, sekali gus melumpuhka­n persefaham­an yang sedia ada.

Minggu lalu, Trump turut mengumumka­n rancangan AS menarik diri daripada perjanjian Open Skies, atas alasan Russia melanggar perjanjian itu. AFP

Tindakan AS menjadi semakin berbahaya dan sukar diramal selain bersifat mengganggu ketenteram­an sedia ada.

Jurucakap Menteri Luar Russia

 ??  ?? Maria Zakharova,
Maria Zakharova,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia