Berita Harian

Jangkitan melalui laluan tinja-oral akibat makanan tercemar

-

Kes jangkitan virus hepatitis E tikus kepada manusia pernah dilaporkan di Hong Kong, meskipun tiada bukti jelas berkaitann­ya, namun ia sewajarnya diberi perhatian untuk memastikan ia tidak menjadi pandemik dunia.

Malah, penemuan wabak hepatitis yang disebarkan menerusi tikus dalam kalangan populasi Hong Kong dan tidak diketahui cara virus ini disebarkan seperti dilaporkan di negara itu menarik perhatian untuk dilihat secara menyeluruh.

Prof Perubatan Jabatan Mikrobiolo­gi dan Parasitolo­gi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zamberi Sekawi, berkata penyakit hepatitis yang dimaksudka­n itu disebar oleh virus hepatitis E, iaitu bukan virus yang baharu dikesan.

Katanya, virus ini serupa dengan virus hepatitis A di mana jangkitann­ya berkaitan dengan jangkitan secara laluan tinja-oral, iaitu melalui makanan yang tercemar disebabkan oleh keadaan persekitar­an yang tidak bersih.

Penyakit hepatitis E boleh juga disebabkan dengan memakan haiwan seperti babi dan haiwan liar seperti rusa.

Kebanyakan manusia akan menghadapi simptom yang tidak teruk. Sebahagian pesakit akan mengalami jangkitan hepar menyebabka­n mereka merasa demam dan jaundis iaitu kekuningan pada kulit dan mata.

Wanita hamil berisiko untuk mendapat penyakit yang lebih teruk dan boleh mendatangk­an kematian disebabkan oleh kegagalan hepar.

“Seperti negara lain, Malaysia juga tidak mengesan penyakit ini secara rutin, menyebabka­n beban penyakit ini tidak diketahui dengan tepat pada masa ini.

“Kajian saya dalam kalangan pesakit yang menghadapi jangkitan hepatitis B, mendapati 10 peratus pesakit juga pernah dijangkiti oleh virus hepatitis E,” katanya.

Pemakanan tidak sihat

Dr Zamberi berkata, kajian penyelidik tempatan lain juga mendapati hepatitis E pernah menjangkit­i populasi di luar bandar pada kadar lima hingga 50 peratus.

“Kajian ini turut mendapati faktor penyebab berkemungk­inan adalah pemakanan yang tidak sihat, kurang kebersihan di rumah, pembuangan sampah yang tidak teratur dan memakan haiwan liar.

“Ini menunjukka­n penyakit ini menular di komuniti tetapi kita tidak dapat menganggar­kan berapa seriusnya penularan ini.

“Apa yang membimbang­kan adalah kesan jangka masa panjang, iaitu penyakit ini mungkin akan membebanka­n masyarakat jika kita tidak menanganin­ya di peringkat awal.

“Kaitan penularan virus ini dengan tikus bukan suatu penemuan yang baharu. Tikus sudah lama disyaki berpotensi untuk merebakkan virus ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam konteks Malaysia wajar untuk diselidiki sejauh mana seriusnya penularan ini dan sekiranya dapat dibuktikan tikus menjadi punca penyebab utama hepatitis E di negara ini, langkah drastik diperlukan untuk mengurangi populasi tikus berkenaan.

Tikus bawa penyakit

Katanya, sebagaiman­a yang diketahui umum, tikus juga adalah pembawa kepada penyakit berjangkit lain seperti leptospiro­sis (penyakit kencing tikus), salmonelos­is, demam hantavirus dan sampar (plag) bubonik.

Katanya, masyarakat seharusnya memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan supaya tidak mengundang tikus dan menggalakk­an pembiakan tikus.

“Sampah hendak dibuang secara teratur dan tidak dibuang di merata tempat.

“Kita harus mempelajar­i daripada situasi kes leptospiro­sis yang meningkat disebabkan oleh tingginya populasi tikus.

“Apabila populasi tikus dapat dikurangka­n, kes leptospiro­sis pun berkurang dan tidak banyak dikesan,” katanya.

Selain itu, keupayaan fasiliti kesihatan untuk mengesan penyakit ini adalah penting. Ketika ini, doktor tidak mengesyaki hepatitis E sebagai diagnosis utama jika pesakit datang dengan jaundis.

Apabila jaundis dibuktikan bukan disebabkan oleh hepatitis A atau B, maka ujian hepatitis E akan dijalankan, hanya sekiranya ujian ini ada ditawarkan di hospital berkenaan.

Kebanyakan hospital di Malaysia tidak mempunyai ujian ini menyebabka­n kes hepatitis E kurang dikesan dan dilaporkan.

Boleh dicegah

Apa yang jelas adalah penyakit hepatitis E ini boleh dicegah dengan mudah dengan mengamalka­n tahap kebersihan yang tinggi, penyediaan makanan dan minuman bersih dan bebas daripada kotoran. Makanan dan minuman dimasak dengan cara betul dengan memastikan tiada bahagian yang mentah. “Segala sisa makanan harus dibuang dengan baik dan teratur. Kebersihan kendiri juga penting dan sentiasa diamalkan,” katanya.

 ??  ?? yang tidak betul boleh mengundang kemunculan dan pembiakan tikus.
yang tidak betul boleh mengundang kemunculan dan pembiakan tikus.
 ??  ?? Penyelengg­araan sampah
Penyelengg­araan sampah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia