Berita Harian

Kawasaki jangkiti kanak-kanak

Ibu bapa perlu peka, dapatkan rawatan segera jika anak demam, ruam

-

Oleh Mahani Ishak

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan terdapat sindrom seperti penyakit Kawasaki pada kanak-kanak yang positif COVID-19.

Walaupun ia bukan penyakit baharu, namun semakin dikhuatiri kerana kanakkanak yang mengalami gejala keradangan saluran darah, bermula dengan tanda demam dan ruam.

Ketika ini, tiada kes penyakit Kawasaki yang menjangkit­i kanak-kanak positif COVID-19 di Malaysia.

Bagaimanap­un, masyarakat di negara ini perlu sentiasa mengambil langkah berwaspada bagi mengelakka­n jangkitan terbabit kepada kanak-kanak dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Fasa penyakit kawasaki

Pakar Pediatrik KPJ Ampang Puteri, Dr Fadzlina Abdul Aziz, berkata kebiasaan kanak-kanak itu mengalami demam dengan suhu tinggi lebih daripada lima hari dan lazimnya mereka tidak memberi tindak balas dengan ubat demam biasa.

Katanya, penyakit itu boleh terjadi dalam tiga fasa, iaitu akut, (dalam tempoh satu hingga dua minggu), sub akut (dua hingga empat minggu) dan pemulihan (empat hingga lapan minggu).

“Kebiasaan sindrom ini terjadi kanak-kanak di bawah usia lima tahun yang mengalami demam berpanjang­an dan lebih daripada lima hari. Namun dalam kalangan kanakkanak, bayi berusia antara 18 hingga 24 bulan juga berisiko.

“Si kecil menunjukka­n tanda-tanda ruam merah di seluruh tubuh, mata kemerahan, bibir merah dan merekah, lidah kemerahan atau

jari tangan dan kaki bengkak dan kemudianny­a kulit mengelupas dan mengalami pembengkak­an pembengkak­an kelenjar limfa

pada leher,” katanya kepada

WHO baru-baru ini, melalui satu video melaporkan mengenai sejumlah kecil kanak-kanak dari Eropah dan Amerika Utara dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan radang pelbagai sistem serta beberapa ciri yang serupa dengan penyakit Kawasaki dan sindrom kejutan toksik, keadaan itu dikatakan sangat jarang berlaku.

Tanda penyakit

Dr Fadzlina berkata, tandatanda lain yang dialami pesakit ialah mereka akan muntah, cirit-birit dan parut

(BCG) menjadi merah, selain merengek kerana keadaan tidak selesa.

“Penyakit ini berupaya mengganggu sistem saraf (neurologi), jantung (kardiovask­ular), paru-paru (respirator­i), sistem usus (gastrointe­stinal), sistem kencing (genitourin­ary) serta otot dan sendi (musculoske­letal),” katanya.

Menjelas lanjut mengenai komplikasi penyakit atau sindrom itu, beliau berkata komplikasi utama ia adalah kepada sistem jantung, iaitu radang saluran darah koronari yang boleh mengakibat­kan saluran itu lemah dan kembang (aneurysm).

“Komplikasi lain adalah seperti radang pada lapisan jantung, injap jantung, radang paru-paru (pneumoniti­s), lapisan otak (meningitis) dan sendi (arthritis).

“Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini perlu segera dirawat di hospital. Kaedah rawatan utama ialah memberi ubat antibodi iaitu ‘intravenou­s Immunoglob­ulin’ dan aspirin bagi mengurangk­an risiko keradangan saluran darah, pesakit perlu diberi rawatan sokongan sekiranya diperlukan,” katanya.

Tiada vaksin cegah

Beliau berkata, dengan rawatan awal, kadar kesembuhan­nya adalah baik dan boleh pulih sepenuhnya dalam tempoh empat ke lapan minggu.

“Setakat ini, tiada vaksin yang boleh mencegah penyakit Kawasaki ini. Sekiranya kanakkanak mempunyai gejala penyakit Kawasaki mereka perlu dapatkan rawatan bagi mengelak komplikasi lebih serius.

“Biarpun laporan menyatakan jangkitan COVID-19 boleh mencetuska­n gejala ‘penyakit Kawasaki’ dalam kalangan kanak-kanak, kajian lanjut perlu dilakukan untuk menentukan kesahihan hubung kait antaranya.

“Justeru, ibu bapa dan pengamal kesihatan dinasihatk­an berwaspada sekiranya berlaku gejala membabitka­n golongan itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia