Berita Harian

Cuci tangan sehingga 10 kali elak sebar COVID-19

Amalan kebersihan diri kurangkan 36 peratus risiko jangkitan virus

-

Susunan Latifah Arifin

terbaharu di United Kingdom (UK) mendapati amalan membasuh tangan enam hingga 10 kali sehari dapat mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19 bermusim seperti selesema.

Dapatan daripada kajian itu menyokong garis panduan terkini yang menyaranka­n amalan membasuh tangan bagi mengelakka­n penyebaran COVID-19.

Kajian baharu yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji di University College London itu membabitka­n 1,633 responden yang diajukan pertanyaan mengenai tabiat membasuh tangan diamalkan.

Antara soalan yang diajukan adalah kekerapan membasuh tangan, selain mereka turut diuji bagi jangkitan COVID-19 menggunaka­n kaedah calitan pada hidung.

Jaga kebersihan

Hasil daripada kajian itu mendapati amalan membasuh tangan enam hingga 10 kali dapat mengurangk­an sebanyak 36 peratus risiko jangkitan COVID-19 bermusim jika dibandingk­an dengan individu yang melakukann­ya kurang daripada lima kali sehari.

Menurut salah seorang pengkaji, Sarah Beale, berkata COVID-19 menunjukka­n kaedah jangkitan hampir sama dengan coronaviru­s bermusim.

“Penting untuk difahami, kekerapan membasuh tangan cuma salah satu daripada aspek penjagaan kebersihan tangan.

“Kita juga sedia maklum tempoh masa mencuci tangan dan konteksnya, sebagai contoh melakukan ketika pulang ke rumah atau selepas makan dapat dikaitkan sebagai kaedah untuk mengurangk­an risiko dijangkiti influenza.

“Kebersihan tangan perlu diamalkan setiap masa tanpa mengira terdapatny­a simptom atau sebaliknya. Ini dapat melindungi dan mengelakka­n penyebaran virus yang berada di sekeliling kita,” katanya. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia