Berita Harian

Mulakan daripada muda untuk kekalkan sistem imun sihat

-

“Saya sihat! Saya tidak merasakan ada apa-apa gejala penyakit.”

“Jadi, bagaimana jika saya jatuh sakit? Ubat-ubatan akan membantu saya pulih dengan cepat.”

“Saya masih muda. Walaupun saya jatuh sakit, saya akan pulih dengan cepat.”

Adakah kata-kata di atas lazim di dengari? Adakah anda juga berfikir sedemikian?

Sihat, tanpa gejala

Ramai orang beranggapa­n, mereka sihat kerana tidak merasakan sebarang gejala penyakit. Namun, bagi keadaan kesihatan tertentu, contohnya tekanan darah tinggi, ia tidak menunjukka­n sebarang gejala selama bertahun-tahun. Mereka mengabaika­n kesihatan kerana tiada gejala, dan menyesal apabila jatuh sakit.

Kesihatan harus diberikan perhatian oleh semua orang, tidak hanya orang tua atau mereka yang sakit. Cara ideal untuk mencegah penyakit adalah dengan memperkasa­kan sistem imun tubuh anda setiap hari.

Tentera tubuh anda

Seperti pasukan tentera, sistem imun anda membantu tubuh melawan serangan daripada penceroboh. Bahkan, dalam tempoh inkubasi sesuatu penyakit,

Kajian sistem imun anda dapat merasakan serangan daripada virus dan menghantar sel imun yang terlatih untuk melawan penceroboh.

Sistem imun yang lemah memberi ruang kepada virus dan bakteria untuk menyerang. Ia tidak dapat mengenalpa­sti dan memusnahka­n penceroboh, sekali gus memudahkan penyakit tersebar ke seluruh tubuh.

Justeru, berikan nutrisi pada sistem imun anda setiap hari dengan pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, sayursayur­an dan cendawan. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan ini kaya dengan nutrien sihat yang diperlukan oleh sistem imun anda.

Dengan mengekalka­n keperkasaa­n sistem imun, anda boleh membina pertahanan yang kuat untuk tubuh anda.

Kebenaran mengenai perubatan

Dalam masyarakat pantas hari ini, semua orang mahu pulih dengan cepat daripada penyakit untuk meneruskan kehidupan mereka.

Ubat-ubatan dilihat sebagai penyelesai­an cepat untuk masalah kesihatan. Sains perubatan moden dianggap begitu maju sehingga tidak perlu menjaga sistem imun.

Sebenarnya, banyak penyakit pada masa ini adalah di luar batasan perubatan. Ini termasuk selesema biasa. Ubat-ubatan selesema bertujuan untuk melegakan tanda dan gejala tetapi tidak menyembuhk­an. Antibiotik melawan bakteria; ia tidak berkesan melawan virus selesema.

Tambahan pula, ubat boleh menyebabka­n kesan sampingan yang tidak diingini. Contohnya, antibiotik. Pusat Kawalan dan Pencegahan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ‘apabila antibiotik tidak diperlukan, ia tidak akan membantu anda, dan kesan sampingann­ya masih boleh menyebabka­n bahaya. Kesan sampingan boleh terdiri daripada masalah kecil, seperti ruam, kepada masalah kesihatan yang sangat serius, seperti jangkitan tahan antibiotik dan jangkitan yang menyebabka­n cirit-birit yang boleh membawa kematian serta kerosakan kolon yang teruk.’

Kemajuan perubatan baru-baru ini, telah memberi manusia rasa selamat yang palsu. Ubat-ubatan dipandang sebagai bahan selamat yang dapat merawati penyakit dengan cepat.

Pencegahan lebih baik daripada merawat

Malangnya, rawatan bebas kesan sampingan jarang berlaku. Apabila sistem imun rosak, tempoh pemulihan adalah panjang dan sukar.

Prinsip kesihatan yang betul harus ditanamkan daripada usia muda seperti diet seimbang untuk menyediaka­n sistem imun dengan nutrien supaya dapat bekerja keras untuk melawan penyakit serta membantu tubuh sembuh secara semula jadi.

Mula membina sistem imun yang kuat daripada usia muda. Dengan barisan pertahanan yang boleh dipercayai, anda boleh memberikan diri anda peluang terbaik untuk mencegah dan mempertaha­nkan diri daripada serangan pelbagai penyakit.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Imunologi Pemakanan hari ini, lawati www.eexcel.com.my.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia