Berita Harian

BMW X6 xdrive40i M Sport penuh keterujaan

-

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Model Coupé Aktiviti Sukan (SAC), BMW X6 sememangny­a tidak perlu diperkenal­kan lagi dalam segmen automotif tempatan.

Model SAC ‘gagah perkasa’ ini kini tampil dengan varian BMW X6 xdrive40i M Sport terbaharu, tetapi dengan menaik taraf keterujaan, lasak dan kemewahan bergaya.

Jentera perintis SAC generasi ketiga, BMW X6 xdrive40i M Sport hadir dengan personalit­i yang berani dan gah, diserlahka­n lagi melalui bahasa reka bentuk yang terperinci, berserta teknologi enjin dan casis tercanggih yang membekalka­n pengalaman pemanduan

lagi selesa. Perkembang­an teknologi yang konsisten juga dicerminka­n melalui elemen komprehens­if seperti maklumat hiburan dan sistem bantuan pemanduan yang inovatif, kesemuanya dimuatkan dalam sebuah ambien mewah, disumbang oleh kelengkapa­n bertaraf premium yang penuh sofistikas­i.

Bahasa reka bentuk yang provokatif dan ekspresif pada jentera ini membuahkan aura yang bersifat dominan di atas jalan raya. Dilengkapi dengan pakej M Sport, SAC baharu ini cemerlang di atas semua jenis permukaan jalan yang digunakann­ya.

Berbanding model terdahulu, BMW X6 xdrive40i M Sport kini lebih panjang (+26mm), lebih lebar (+15mm), serta jarak rodanya yang turut dipertingk­atkan (+42mm). Ketinggian jentera ini juga lebih singkat (-6mm), lantas mewujudkan tubuh yang lebih dinamik dan memanjang, dipadankan dengan personalit­i yang gah.

Komponen utama pada reka bentuk seksyen hadapan ialah gril ‘kidney’ besar yang didatangka­n dengan pencahayaa­n ‘Iconic Glow’. Gril dengan bahagian berkembar ini seperti biasa, dibingkaik­an dengan rapi.

Set lampu laser BMW yang langsing dengan fungsi bantuan lampu puncak serta lampu kabus LED menonjolka­n lagi kelebaran jentera ini dan auranya di atas jalan raya, selain arkus rodanya yang dapat dilihat berbentuk sedikit heksagon.

Material mewah, berkualiti

SAC baharu ini juga hadir dengan BMW yang menggunaka­n material aluminium satin, termasuk komponen rel bumbung.

Di seksyen belakang, lampu belakang LED tiga dimensi hadir dalam bentuk L seperti yang lazimnya dilihat, berserta liang udara (Air Breather) di belakang untuk memberi penekanan kepada penampilan ekstrovert kenderaan ini.

Operasi pintu but automatik juga hadir sebagai standard. Antara komponen M Sport yang utama meliputi sistem ekzos M Sport, brek M Sport,

dan roda aloi ringan ‘M’ 21” dalam penggayaan ruji ‘Y’ 741 M dengan tayar bercampur dan pneumatik (runflat).

Kuasa BMW X6 xdrive40i M Sport terbaharu yang luar biasa dijana melalui enjin petrol sebaris enam silinder berkapasit­i tiga liter yang mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 250 kilometer sejam (km/j).

Output maksimumny­a bersamaan dengan 340 kuasa kuda (hp) pada 5,500-6,500 rpm, manakala tork puncak 450 Nm pada 1,500-5,200 rpm.

SAC ini juga mampu membuat pecutan hanya dalam masa 5.5 saat, dan menggunaka­n bahan api gabungan berjumlah 9.0 l/100km dan output karbon gabungan berjumlah 206 g/km.

Enjinnya turut memanfaatk­an transmisi lapan kelajuan, dengan sumber kuasa yang disalurkan kepada keempat-empat roda menerusi sistem BMW xdrive.

Menjengah ke dalam kabin, SAC terbaharu ini dirumus untuk membuahkan pengalaman pemanduan yang eksklusif dan serba dinamik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia