Berita Harian

Toyota Gazoo Racing Festival

Pemenang Vios Challenge ditentukan tanpa perlumbaan terakhir

-

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Acara Toyota Gazoo Racing Festival dan Toyota Vios Challenge musim ke-3 secara rasmi melabuhkan tirainya dengan tiga pemenang kejuaraan ketiga-tiga kategori diumumkan.

Kemeriahan acara tahunan itu sedikit terbantut selepas perlumbaan terakhir yang sepatutnya berlangsun­g di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) tidak dapat dianjurkan akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dicetuskan COVID-19.

Musim ketiga menyaksika­n Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dinobatkan juara keseluruha­n bagi kategori bagi, manakala Hayden Haikal yang baru berusia 16 tahun pula menjadi juara kategori sementara personalit­i dan pemuzik, Shawn Lee muncul juara untuk kategori terdiri daripada barisan pelumba selebriti.

“Ini tentulah bukan cara yang kami inginkan untuk menamatkan sebuah siri perlumbaan yang biasanya akan bertambah sengit dan mendebarka­n pada perlumbaan terakhir kejuaraan.

“Seperti dua musim lalu, Toyota Vios Challenge menjadi perlumbaan unik yang membabitka­n satu model kenderaan sahaja.

“Perlumbaan terakhirny­a bagaimanap­un perlu dibatalkan untuk memastikan keselamata­n dan kesihatan warga awam dan juga kepentinga­n negara terjamin,” kata Ketua Pegawai Sukan Permotoran, Toyota Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama.

Takeyama yang juga Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd berkata, keputusan akhir pemenang diambil selepas

Perlumbaan

perbincang­an teliti dengan mematuhi serta konsisten terhadap semua penetapan yang digariskan oleh peraturan teknikal kejuaraan, serta melalui perbincang­an dengan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM).

Tunggu TGR musim ke-4

Musim ke-3 siri perlumbaan jalanan Toyota Vios Challenge bermula di Kuala Terengganu pada 5-7 September 2019, sebelum berlangsun­g di Bandar Malaysia pada 9-10 November 2019 dan seterusnya di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 14-16 Februari 2020 untuk pusingan ketiga.

Bergerak ke hadapan, Takeyama menambah bahawa UMW Toyota Motor Sdn Bhd kini di dalam tahap awal merencana persiapan musim keempat yang lebih menarik bagi Toyota Gazoo Racing Festival dan juga Toyota Vios Challenge.

“Musim ke-4 akan menjadi suatu pengalaman yang sama sekali berbeza, tidak hanya menawarkan format perlumbaan yang diperkemas kepada semua pelumba, pasukan dan pengedar yang turut serta, tetapi juga membabitka­n struktur hadiah dan ganjaran yang lebih menarik.

“Buat masa ini, kami belum ingin mendedahka­n perincian lanjut yang berkaitan. Tetapi memadai untuk menyatakan bahawa semangat Toyota Gazoo Racing akan melangkaui Toyota Vios Challenge sedia ada dalam menyediaka­n program perlumbaan tambahan untuk disertai kepada semua pelumba.

“Elemen lain yang turut dipertimba­ngkan ialah pembanguna­n bakat serta perluasan skop TGR

katanya.

Bagi juara kategori

Tengku Djan, kemenangan keseluruha­n kali ini menjadi kejuaraan keduanya selepas muncul juara pada musim pertama dahulu, sebelum berehat dan memikul tanggungja­wab sebagai pengurus pasukan pada musim kedua.

Memandu untuk pasukan 23 Motors, Tengku Djan menamatkan musim ketiga dengan perbezaan 11 mata berbanding pelumba di kedudukan kedua, Mark Darwin dari Laser Motor Racing, sementara pelumba pasukan Telagamas, Freddie Ang dengan perbezaan 14 mata lagi menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, Hayden menjadi pelumba termuda yang pernah memenangi perlumbaan di dalam Toyota Vios Challenge dan muncul juara bagi kategori

bagi musim ketiga. Hayden mengakhiri saingan mengatasi pelumba remaja lain, Bradley Benedict Anthony (Dream Chaser) yang berada 12 mata di belakang serta di tempat ketiga, Sutan Mustaffa dari SMS Motorsport­s.

Sementara itu, seorang lagi pelumba yang diangkat sebagai pemenang kejuaraan keseluruha­n bagi kali kedua di dalam kategori ialah Shawn Lee.

Menduduki tempat kedua ialah Shukri Yahaya dengan perbezaan 15 mata, sementara tempat ketiga menjadi milik Nabil Ahmad.

 ??  ?? Toyota Gazoo Racing Festival dan Vios Challenge musim ke-3 tamat tanpa perlumbaan terakhir.
Toyota Gazoo Racing Festival dan Vios Challenge musim ke-3 tamat tanpa perlumbaan terakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia