Berita Harian

Pulih daripada COVID-19, Ashraf Muslim, dua isteri sepakat buat persiapan bersama raikan hari raya

-

Ashraf dan keluarga

Oleh Fatin Farhana Ariffin

Mengamalka­n kehidupan berpoligam­i, pelakon Ashraf Muslim berpegang kepada faktor komunikasi sebagai kunci keharmonia­n.

Apatah lagi ketika meraikan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kebimbanga­n terhadap penularan COVID-19, kesepakata­n antara pasangan amat penting bagi memastikan semuanya lancar.

Ashraf atau nama sebenarnya, Muhd Ashraf Muslim bersyukur dia dapat menjalin komunikasi efektif bersama kedua-dua isterinya, Dr Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

“Komunikasi paling mudah adalah berbincang. Contohnya, duduk bersama dan berunding tahun ini di mana kita hendak beraya.

“Apabila tiada komunikasi, itu yang pening hendak balik beraya di mana.

“Tidak kiralah beristeri satu atau dua, kalau ada komunikasi yang baik, mesti tiada masalah.

“Apabila tiada komunikasi, itu yang jadi tunggang terbalik. Kita sebagai ketua keluarga kena mainkan peranan penting. Kita mesti tahu tugas masing-masing,” katanya kepada

Ashraf berkata, kemanisan sesebuah institusi keluarga itu terletak kepada kerjasama.

“Sebenarnya, keseronoka­n Aidilfitri bukan pada sedap atau tidak juadah yang dihidangka­n, tapi kepada usaha untuk menyediaka­nnya bersama-sama.

“Memori itu yang kita akan ingat sampai bila-bila. Kalau sedap makanan itu, ia bonus buat kita.

“Tetapi isteri-isteri saya tidak pernah masak tak sedap. Mereka bekerjasam­a memasak dari malam raya untuk kami sekeluarga,” katanya.

Rasa kemanisan bersama

Ashraf berkata, isteri-isterinya menyediaka­n rendang, kuah kacang, ketupat dan nasi impit bersama-sama.

“Seperti tahun-tahun lalu, mereka sama-sama memasak. Apabila semua perkara dilakukan bersama, pasti dapat rasa kemanisan itu,” katanya.

Menerusi perkahwina­n pertama dengan Dayana, Ashraf dikurniaka­n cahaya mata lelaki, manakala bersama Sakinah, mereka dikurniaka­n tiga anak.

Biarpun kali ini Aidilfitri disambut secara sederhana, pelakon berusia 39 tahun ini bersyukur masih berkesempa­tan meraikan Syawal bersama keluarga.

“Sambutan kali ini cukup sederhana. Solat sunat Aidilfitri pun dilakukan di rumah dan kali pertama saya menjadi imamnya,” katanya.

Jika mengikut perancanga­n awal, Ashraf akan membawa isteri dan anak-anak beraya di kampungnya di Melaka. Ini disusuli kampung Dayana di Gombak dan Sakinah di Ipoh, Perak,

“Namun, disebabkan PKPB, kami di Kuala Lumpur. Selesai beraya di rumah, kami menziarahi keluarga berdekatan. Itupun hanya dua rumah yang kami pergi,” katanya.

Fobia jumpa orang

Pulih daripada COVID-19 selepas 25 hari dirawat dan dikuaranti­n di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh, Ashraf mengaku bimbang hendak bertemu sanaksauda­ra.

Dijangkiti virus berkenaan selepas pulang dari penggambar­an di Inverness, Scotland, pada 31 Mac lalu, Ashraf kini lebih berhati-hati.

“Saya masih trauma, hendak pergi beraya rumah keluarga pun saya berfikir. Sebagai bekas pesakit COVID-19, apa yang saya lalui bukanlah suatu yang mudah.

“Saya takut saya jadi ejen penyebar walaupun saya sudah disahkan bebas COVID-19.

“Kalau dalam kalangan keluarga tidak mengapa. Tetapi, kalau orang luar berjangkit, saya lebih rasa bersalah.

“Sehubungan itu, saya lebih berhati-hati dan tidak melakukan ziarah atau menerima tetamu,” katanya.

Malah, Ashraf tidak mahu dijangkiti virus berkenaan sekali lagi.

“Mereka yang tidak pernah dijangkiti COVID-19 tidak tahu bagaimana seksanya menjadi pesakit yang dikuaranti­n.

“Penyakit ini bahaya... Walaupun tidak nampak sakit, ia sebenarnya memberi kesan kepada emosi kita. Cara kita berfikir pun berbeza,” katanya.

 ?? (Foto IG Ashraf Muslim) ?? beraya di Kuala Lumpur berikutan larangan rentas negeri.
(Foto IG Ashraf Muslim) beraya di Kuala Lumpur berikutan larangan rentas negeri.
 ??  ??
 ??  ?? Dr Noor Dayana (kiri) dan Wan Sakinah sentiasa mengamalka­n toleransi hidup bersama Ashraf.
Dr Noor Dayana (kiri) dan Wan Sakinah sentiasa mengamalka­n toleransi hidup bersama Ashraf.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia