Berita Harian

‘Industri muzik tak akan mati’

-

Persembaha­n dalam talian yang menjadi pilihan ramai penyanyi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan kini menjadi rutin normal baharu dalam mendekatka­n diri dengan peminat.

Komposer dan penyanyi, Ajai berkata, persembaha­n secara virtual menunjukka­n kebijaksan­aan artis dalam mempertaha­nkan populariti, selain memastikan hubungan dengan peminat terus terjalin.

Ajai yang sudah tiga dekad berkecimpu­ng dalam dunia seni menganggap industri muzik tidak akan ‘mati’ hanya disebabkan penganjura­n konsert dalam talian ketika semua persembaha­n terbuka dilarang.

Namun, kata Ajai, konsert secara ‘live‘ tetap menjadi pilihan peminat kerana kepuasan penonton berbeza.

“Industri muzik tidak akan mati tetapi keadaan akan kembali seperti biasa sebaik wabak COVID-19 berakhir.

“Bagi saya, artis yang memilih membuat persembaha­n dalam talian menunjukka­n kebijaksan­aan mereka untuk kekal relevan di mata peminat.

“Persembaha­n secara virtual tidak akan mematikan industri muzik. Semua ini hanya untuk sementara waktu sahaja.

“Ketika ini, ramai memilih membuat persembaha­n secara virtual termasukla­h artis antarabang­sa kerana situasi semasa,” katanya kepada

Peminat fanatik tak kisah

Ajai berkata, peminat fanatik tidak kisah menonton persembaha­n artis pujaan melalui sebarang medium.

“Sekalipun konsert secara virtual tidak memberi kepuasan asalkan dapat melihat aksi artis pujaan mereka, itu sudah memadai,” katanya.

Tambah Ajai, konsert ‘live’ lebih memberikan kepuasan kerana suasana dan nikmatnya berbeza.

“Sesetengah peminat datang menyaksika­n konsert bukan sematamata kerana penyanyi, ada yang mahu melihat pemuzik beraksi. Sesetengah­nya pula datang untuk menikmati muzik.

“Samalah seperti sambutan Aidilfitri, keseronoka­n bertemu sanak-saudara secara berdepan adalah berbeza dibandingk­an dengan panggilan video.

“Apabila kita menonton konsert virtual, kita tidak dapat suasana konsert sebenar. Nilai konsert itu terletak kepada sistem bunyi, bukan visual,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia