Berita Harian

COVID-19 buka minda

Maya Karin percaya pandemik ubah mentaliti umat Islam sambut Aidilfitri

- • •

Oleh Fatin Farhana Ariffin

Tidak sekelumit rasa sayu biarpun Aidilfitri diraikan berbeza akibat penularan COVID-19.

Sebaliknya, pelakon dan penyanyi, Maya Karin lebih menganggap musibah melanda memberi pengajaran berguna kepada manusia.

Maya berkata, sekali-sekala, dalam meraikan hari mulia, ada baiknya umat Islam belajar bersederha­na dan mengelak pembaziran, apatah lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dengan cara ini juga, tambah aktivis alam sekitar berusia 40 tahun ini, umat Islam lebih menghargai antara satu sama lain.

“Sebenarnya, sambutan hari raya begini bagus untuk semua umat Islam. Ia memberi pengajaran dan hikmah berguna buat kita semua.

“Kita dapat merasa bagaimana orang yang tidak berkemampu­an menyambut raya.

“Selalunya, setiap kali raya, kita mahu membeli baju mahal, tukar langsir setiap tahun dan bermacamma­cam lagi.

“Jadi, tahun ini mengajar kita bersederha­na seperti bagaimana insan kurang bernasib baik, orang miskin, pelarian dan sebagainya menyambut Aidilfitri,” katanya kepada

Pakai baju raya lama

Sehubungan itu, Maya tidak menyediaka­n persiapan menyambut lebaran.

Baginya, cukuplah ibu ada bersama untuk meluangkan masa di rumah.

“Tiada persiapan untuk Aidilfitri kali ini. Sejujurnya, saya tak fikir langsung soal hari raya.

“Baju raya pun tak beli, saya kitar semula pakaian tahuntahun lalu.

“Saya tidak tahu hendak pergi mana, hanya duduk di rumah tonton televisyen (TV) bersama ibu,” kongsi aktres berdarah campurkan Melayu-jerman itu.

Bisnes burger bakar menjadi

Dalam perkembang­an lain, pelakon

ini seronok menjual burger bakar yang diusahakan sejak PKP.

Perniagaan itu bermula apabila seorang rakan meminta dia menyimpan alat pembakar dan kiosk besar di rumahnya di Kampung Sungai Penchala, Sungai Buloh.

Mengambil kesempatan daripada perkakasan tersedia, Maya menghasilk­an 25 biji burger secara suka-suka untuk jiran.

Namun, sehingga akhir Ramadan, Maya mengambil tempahan antara 100 hingga 200 biji burger bakar sehari.

“Disebabkan permintaan tinggi, saya tambah cawangan kedua di Bandar Manjalara. Saya tidak sangka dan tidak merancang perniagaan ini akan pergi sejauh ini.

“Alhamdulil­lah, dengan pekerja yang bagus, saya gembira burger bakar ini dapat mendatangk­an kegembiraa­n kepada orang lain,” katanya yang terharu ada pembeli sanggup datang dari Seri Kembangan untuk merasa burger bakar jualannya.

Maya berniat meneruskan perniagaan burger bakarnya itu selagi ada permintaan.

“Malah, ada yang meminta saya membuka cawangan di Putrajaya, Pulau Pinang dan tempat lain,” katanya.

Maya juga gembira dapat memberi pendapatan kepada lima individu yang tidak dapat bekerja sepanjang PKP melalui bisnes burger bakarnya itu.

Tahun ini mengajar kita bersederha­na seperti bagaimana insan kurang bernasib baik, orang miskin, pelarian dan sebagainya menyambut Aidilfitri”

Maya Karin, Pelakon/penyanyi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia