Berita Harian

Kecoh Upin & Ipin, Fizi akan minta maaf

-

Penerbit Upin & Ipin

Penerbit akan membuat permohonan maaf atas kontrovers­i watak Fizi dalam episod berjudul yang disiarkan pada hari raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia, hingga mencetuska­n perbalahan di laman sosial.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddi­n Md Radzi berkata, pihaknya sedang dalam proses menyiapkan video permohonan maaf itu.

Bagaimanap­un, Burhanuddi­n berkata, soal bila dan medium pilihan untuk pernyataan maaf itu disiarkan tertakluk kepada stesen penyiaran di Indonesia, iaitu saluran MNCTV.

“Disebabkan watak Fizi yang mencetuska­n kemarahan dalam kalangan penonton dan peminat siri animasi ini, dia sendiri yang akan kita tampilkan membuat permohonan maaf.

“Semua urusan berhubung penyiaran permohonan maaf itu kita kena berurusan dengan stesen televisyen (TV) terbabit.

“Diharapkan apabila permohonan maaf itu disiarkan, mereka (netizen) akan kembali ‘sejuk’... Insya-allah,” katanya kepada

Ahad lalu, dialog dilafazkan Fizi dalam episod berkenaan yang menyentuh persoalan di mana syurga untuk anak yatim, mencetuska­n perbalahan peminat di Indonesia dan Malaysia.

Sepantas kilat, komen ‘Fizi is cancelled’ menjadi tular di laman sosial terutama Twitter.

Burhanuddi­n berkata, reaksi terhadap dialog Fizi itu membuktika­n siri animasi dekat di hati peminat termasuk di Indonesia.

Ramai sayang watak comel

“Sekalipun karakter animasi ciptaan manusia, apa yang dipersemba­hkan seolah-olah mereka wujud di alam realiti.

“Emosi sungguh penonton di Indonesia apabila Fizi melafazkan dialog berkenaan. Jelas mereka sebenarnya sangat sayang dengan watak Upin dan Ipin.

“Ada sebab dialog dilontarka­n Fizi termasuk babak itu diwujudkan. Ini kerana persoalan di mana syurga bagi anak yatim, terus berlegar dalam fikiran kita,” katanya.

Siri dilaporkan sudah memasuki musim ke-14 di Indonesia.

 ?? (Foto IG Upin & Ipin) ?? sedang dalam proses menghasilk­an video permohonan maaf Fizi atas kontrovers­i syurga anak yatim yang tercetus di Indonesia.
(Foto IG Upin & Ipin) sedang dalam proses menghasilk­an video permohonan maaf Fizi atas kontrovers­i syurga anak yatim yang tercetus di Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia