Berita Harian

Elak dipintas V Shem-wee Kiong

-

Kuala Lumpur: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-soh Wooi Yik perlu berwaspada ketika kedudukan mereka untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo masih belum selamat.

Keputusan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) yang melanjutka­n tempoh kelayakan Sukan Olimpik bermula minggu pertama hingga ke-17 2021 memberi peluang kepada pasangan profesiona­l, Goh V Shem-tan Wee Kiong untuk memintas kedudukan mereka.

Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, berkata dia mengharapk­an kedua-dua pasangan itu layak ke Tokyo namun mengakui secara realistik ia bukan mudah untuk mereka berada dalam kelompok lapan terbaik sebaik pusingan kelayakan tamat.

“Memang lebih baik jika Malaysia mempunyai dua pasangan yang layak ke Sukan Olimpik. Jika kedua-duanya bermain dengan baik, ia bukan mustahil tetapi ia cabaran yang sukar kerana kelompok enam terbaik ketika ini pastinya tidak akan membiarkan kedudukan mereka terjejas.

“Jadi, untuk Aaron-wooi Yik, mereka perlu hasilkan keputusan yang baik sekurang-kurangnya mara sehingga separuh akhir secara konsisten dalam setiap kejohanan kelayakan yang disertai bagi mengumpul mata.

“Untuk membolehka­n mereka mencapai keputusan itu, kami sudah mengatur strategi. Walaupun kejohanan yang dijadualka­n semula tahun ini tidak termasuk dalam proses kelayakan tetapi fokus kami adalah memburu slot ke Jelajah Dunia Akhir di Guangzhou hujung tahun ini.

“Mereka perlu mengumpul seberapa banyak mata yang boleh bagi melonjakka­n kedudukan ranking dunia.

“Jika mereka dapat berada dalam kelompok lapan terbaik dunia sebelum saingan tahun depan bermula, ia akan membolehka­n mereka mendapat kedudukan selaku beregu pilihan untuk kejohanan kelayakan yang bermula tahun depan,” katanya.

Aaron-wooi Yik yang muncul naib juara Seluruh England 2019 berada di kedudukan kelapan ranking kelayakan Sukan Olimpik Tokyo manakala pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, V Shem-wee Kiong di tangga ke-14.

Setiap negara dibenarkan mempunyai dua wakil bagi acara beregu sekiranya berada dalam kelompok lapan terbaik sebaik tamat pusingan kelayakan Sukan Olimpik.

 ??  ??
 ??  ?? Goh V Shem-tan Wee Kiong
Goh V Shem-tan Wee Kiong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia