Berita Harian

KAFA kemuka dua cadangan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dijangka mengemukak­an dua cadangan bagi menyelesai­kan tuntutan bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus berjumlah RM629,620.28.

Ini selepas Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid mengesahka­n perkembang­an terkini menyaksika­n pihaknya sudah mengadakan rundingan bersama Cassio dan kini jalan terbaik akan difikirkan bagi memastikan keduadua pihak beroleh situasi ‘menang-menang.’

“Alhamdulil­lah, pintu rundingan kembali terbuka di antara pihak Cassio dan KAFA. Kita akan manfaatkan dalam tempoh masa yang ada ini untuk samasama berunding ke jalan yang lebih baik.

“Peguam Cassio meminta KAFA mengemukak­an cadangan penyelesai­an. Daripada pihak KAFA, kita akan cuba cadangkan pembayaran secara ansuran ataupun melanjutka­n tempoh pembayaran.

“Apapun, pintu rundingan ini memang melegakan kami. Kami akan terus komited untuk menyelesai­kan perkara ini,” katanya.

Sebelum ini, peguam kepada Cassio, Zhafri Aminurrash­id menjelaska­n pihaknya sedia berunding semula dengan KAFA namun rundingan semula itu perlu menjalani proses mediasi di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Zhafri berkata, langkah itu akan diambil bagi memastikan hak pemain itu terjaga dan tidak timbul masalah di kemudian hari.

Jelasnya, mediasi itu perlu dilakukan jika KAFA mahu peluang kedua dan mengelak persatuan itu daripada sekadar ‘berjanji mulut’ semata-mata.

Pintu rundingan ini memang melegakan kami. Kami akan terus komited untuk menyelesai­kan perkara ini.

Ahmad Muzakkir Hamid, Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak KAFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia