Berita Harian

‘Saya mahu berlaku adil, tak ambil tindakan terburu-buru’

Tindakan diambil terhadap Tun M, empat yang lain tidak terburu-buru

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tindakan parti itu ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Ahli Parlimen tidak dibuat terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan terhadap mereka diambil lebih awal.

Justeru, Muhyiddin meminta semua ahli BERSATU bersabar dan bertenang dengan perkembang­an yang berlaku ketika ini.

“Saya berharap ahli BERSATU dapat bersabar dan bertenang dalam menghadapi situasi terlucutny­a keahlian lima orang bekas ahli BERSATU iaitu Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik.

“Mereka tidak dipecat daripada parti. Sebaliknya perbuatan mereka melanggar perlembaga­an parti menyebabka­n keahlian mereka terhenti serta-merta.

“Saya sendiri tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan terhadap mereka diambil lebih awal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhyiddin menegaskan, sebarang tindakan dibuat dilakukan dengan adil ke atas semua pihak dan memastikan apa saja tindakan mestilah berlandask­an perlembaga­an parti.

“Tiada mana-mana individu yang mengatasi perlembaga­an parti. Saya yakin dan percaya BERSATU akan terus teguh. Kita sudah menghadapi banyak cabaran dari awal parti ini saya tubuhkan. “Kita menempuh banyak duri dan ranjau dalam perjuangan. Yang penting kita tidak berjuang demi mana-mana individu, tetapi demi agama, bangsa dan negara kita,” katanya yang juga merangkap pemangku pengerusi parti itu.

Kelmarin, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam sidang medianya menegaskan, Dr Mahathir dan empat lagi Ahli Parlimen BERSATU tidak dipecat daripada

Yang penting kita tidak berjuang demi mana-mana individu, tetapi demi agama, bangsa dan negara kita.

Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU

parti itu, sebaliknya terhenti keahlian mereka kerana melanggar perlembaga­an parti.

Hamzah berkata, keahlian Dr Mahathir dan empat yang lain terhenti serta-merta selepas mereka bertindak duduk di blok pembangkan­g pada sidang Parlimen pada 18 Mei lalu selaras Fasal 10.2.2 dan Fasal 10.2.3 perlembaga­an parti itu.

Dalam kenyataan itu juga, Muhyiddin

mengakui dukacita dengan keputusan Dr Mahathir memilih untuk tidak sehaluan dengan hala tuju baharu BERSATU yang diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

“Tun (Dr Mahathir) bersama pengikutny­a yang lain memilih untuk terus bekerjasam­a dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun parti memutuskan sebaliknya.

“Jika itu pilihan Tun, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya sambil menyeru ahli BERSATU untuk bersama dengannya bagi memperkuku­h kerajaan yang ditubuhkan untuk masa depan Malaysia yang lebih aman dan sejahtera.

Muhyiddin juga yakin BERSATU akan kekal teguh dan mampu mengharung­i kemelut ketika ini, seperti mana mereka menghadapi pelbagai cabaran sejak awal beliau menubuhkan parti itu.

“Kita menempuh banyak duri dan ranjau dalam perjuangan. Yang penting kita tidak berjuang demi mana-mana individu, tetapi demi agama, bangsa dan negara kita,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Laporan disiarkan BH, semalam.
Laporan disiarkan BH, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia