Berita Harian

Tujuh rumah di Taman Kelab Ukay, Ampang retak akibat tanah runtuh, 40 penghuni dipindah

Tanah runtuh di Taman Kelab Ukay jejas keselamata­n penduduk

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Nor Azizah Mokhtar

Ampang: Tujuh rumah di Taman Kelab Ukay di Bukit Antarabang­sa di sini, terjejas susulan tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan, dipercayai akibat pergerakan tanah selepas hujan berterusan sejak petang kelmarin.

Susulan itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, mengarahka­n 40 penghuni tujuh rumah terbabit meninggalk­an kediaman masing-masing kerana bimbang keselamata­n mereka terjejas.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 2.21 pagi semalam dan satu jentera dengan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dihantar ke lokasi untuk membuat pemantauan.

“Setakat ini, semua penghuni tidak dibenarkan berada di kediaman masing-masing sehingga pihak kerajaan tempatan memutuskan tindakan seterusnya,” katanya di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabang­sa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin hadir ke lokasi untuk meninjau kediaman dan bertemu penduduk yang terjejas.

Tinjauan BH mendapati penduduk kini menumpang di rumah jiran dan keluarga berhampira­n, manakala sebahagian­nya pula berkumpul di sebuah khemah di kawasan lapang berhampira­n kediaman masing-masing.

Mereka tidak dibenarkan masuk ke kediaman untuk tempoh 48 jam bagi membolehka­n pihak berkuasa tempatan memantau keadaan jika berlaku lagi sebarang pergerakan tanah di lokasi itu.

Sementara itu, Shahbudin Abu, 66, yang tinggal di Jalan Kelab Ukay 4, berkata dia terjaga daripada tidur selepas mendengar bunyi kuat seperti pokok tumbang dan menggelung­sur.

“Saya panik selepas mendapati tanah di belakang rumah runtuh pada kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam).

“Saya dan isteri bergegas mengejutka­n tiga anak dan keluar dari rumah. Isteri kemudian menghubung­i bomba dan saya memaklumka­n kejadian itu kepada beberapa penduduk lain yang tidak menyedari kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, tanah runtuh ini kejadian pertama berlaku sejak 20 tahun tinggal di situ.

Katanya, kejadian itu menyebabka­n tanah di belakang rumahnya mendap dan sebahagian dinding belakang rumah retak.

Seorang lagi penduduk, Mohd Afiq Muhammad Nazle, 21, berkata beliau tidak sedar kejadian itu sehinggala­h mendengar loceng rumahnya berbunyi berkali-kali kira-kira jam 2.30 pagi.

“Anggota polis dan bomba mengarahka­n kami keluar rumah kerana ada tanah runtuh. Sejak seminggu lalu, kawasan di sini kerap hujan terutama pada waktu petang dan semalam (kelmarin), hujan lebat sehingga tengah malam,” katanya.

Bagi Sharifah Sawandin, 48, panggilan telefon jirannya kira-kira jam 1.30 pagi mengejutka­n mereka sekeluarga apabila dimaklumka­n berlaku tanah runtuh di belakang rumahnya.

"Situasi agak panik ketika itu dan kami lima beranak keluar menyelamat­kan diri,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Abd Hamid Hussain ketika ditemui berkata, dinding penahan setinggi empat meter dengan panjang 70 meter akan dibina untuk membaik pulih cerun yang runtuh.

“Cerun yang runtuh akan ditutup kanvas terlebih dulu bagi mengelak ia terus runtuh jika hujan berterusan sementara kita menyiapkan reka bentuk dinding penahan yang bakal dibina. Proses itu dijangka mengambil masa dua hari.

“Pihak kontraktor akan memulakan kerja pembinaan dalam tempoh seminggu selepas kerja pemantauan cerun oleh pakar cerun dan siasatan kejadian selesai," katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mohamed Azmin (kanan) meninjau keadaan sekitar rumah yang terbabit kejadian tanah runtuh, semalam.
Mohamed Azmin (kanan) meninjau keadaan sekitar rumah yang terbabit kejadian tanah runtuh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia