Berita Harian

Keputusan permohonan masuk UA, IPG, matrikulas­i Rabu ini

-

Kuala Lumpur: Keputusan permohonan kemasukan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kemasukan ke program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda akan diketahui Rabu ini.

Kementeria­n Pengajian Tinggi dalam kenyataann­ya memaklumka­n ia membabitka­n kemasukan ke universiti awam (UA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulas­i, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Individu yang memohon boleh menyemak status bermula jam 12 tengah hari pada hari berkenaan melalui saluran hebahan di Upupocket 2.0.

“Sebanyak 205,972 permohonan bagi Lepasan SPM diterima dan calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulas­i, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA,” kata kenyataan itu.

Selain menerusi Upupocket 2.0, mereka juga boleh menyemak status menerusi pautan http://jpt.umt.edu.my; http:// jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my dan http://jpt.uum.edu.my.

“Surat tawaran akan dikeluarka­n oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulas­i, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendak­i membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.

“Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Katanya, pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulas­i, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukak­an rayuan.

“Bagi permohonan ke UA, IPG, Kolej Matrikulas­i, rayuan boleh dibuat melalui Upuonline Rayuan di pautan http://upu. moe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja mulai 3 Jun hingga 10 Jun, jam 12 tengah hari hingga 5 petang.

“Bagi permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvension­al / METRO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukak­an permohonan terus kepada agensi berkaitan,” katanya.

Kenyataan itu menjelaska­n, dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulas­i, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftara­n pelajar baharu.

“Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan ‘Hotline’ mulai 3 Jun hingga 10 Jun dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatka­n khidmat runding cara.

“Pemohon boleh menghubung­i BKPA JPT di talian 03-8870 8200 untuk bantuan,” katanya.

Berdasarka­n lampiran disediakan, pendaftara­n kemasukan ke 17 UA akan bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober sementara kategori lain bermula pada 5 Julai hingga 4 Januari tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia