Berita Harian

Kenakan hukuman lebih berat: PM

Kementeria­n Pengangkut­an diarah rangka pindaan akta kesalahan babit pemandu mabuk

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) perlu dipinda supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengarahka­n Kementeria­n Pengangkut­an merangka pindaan ke atas akta berkenaan berikutan bilangan kes kemalangan jalan raya membabitka­n pemandu mabuk dilihat semakin membimbang­kan kebelakang­an ini.

“Saya difahamkan pindaan akta ini akan dimuktamad­kan pada pertengaha­n Jun ini sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangk­an pada persidanga­n akan datang.

“Pindaan ke atas Akta 333 diharap dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabka­n kecederaan, apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, semalam.

Perdana Menteri berkata, arahan itu sebagai maklum balas kepada keresahan rakyat mengenai kes kemalangan akibat pemandu mabuk apabila statistik polis sepanjang lima bulan pertama tahun ini mencatatka­n 21 kes membabitka­n pemandu mabuk, dengan lapan mangsa meninggal dunia.

Katanya, perkara itu sangat membimbang­kan kerana jumlah yang direkodkan dalam tempoh lima bulan tahun ini menghampir­i keseluruha­n 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lalu.

“Sebagai ketua kerajaan yang juga seorang bapa, saya memahami keresahan rakyat dan keluarga mangsa kemalangan yang mahu kerajaan bertindak tegas menangani perkara ini,” katanya.

Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabka­n kematian pula, pesalah boleh dihukum mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan akan mengambil langkah segera bagi memastikan cadangan pindaan Akta 333 yang dimuktamad­kan Kementeria­n Pengangkut­an dibawa ke persidanga­n Parlimen dalam tempoh terdekat.

Katanya, antara pindaan dibuat bukan saja membabitka­n peruntukan berkaitan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabka­n kecederaan atau kematian iaitu Seksyen 44, Akta 333 tetapi juga memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan mengikut Seksyen 45 akta sama walaupun tidak terbabit dalam apa-apa kemalangan.

Kerajaan, katanya, amat menyokong cadangan Kementeria­n Pengangkut­an menetapkan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu yang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk (Seksyen 45) mengikut peruntukan sedia ada masih menjadi kuasa budi bicara mahkamah.

Beliau berkata, dengan meningkatk­an kadar denda dan hukuman penjara selepas pindaan dibuat, Jabatan Peguam Negara boleh mendakwa pesalah di Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa lebih tinggi.

Sebagai ketua kerajaan yang juga seorang bapa, saya memahami keresahan rakyat dan keluarga mangsa kemalangan yang mahu kerajaan bertindak tegas menangani perkara ini.

Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam (kiri) dan Khamis lalu.
Keratan akhbar BH semalam (kiri) dan Khamis lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia