Berita Harian

Baru Bian umum sah sertai Parti Sarawak Bersatu

-

Baru Bian

Kuching: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian mengumumka­n beliau menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB), sebuah parti politik pembangkan­g tempatan.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PSB di sini, semalam, Baru berkata, terdapat beberapa alasan beliau menyertai PSB, iaitu dua alasan utama - masa tidak menyebelah­inya untuk mendaftar parti baharu sebelum pilihan raya negeri dan pada masa sama, tidak mahu perpecahan lebih besar antara rakyat Sarawak dengan membentuk parti baharu.

“Kami diperkuatk­an dengan kepercayaa­n bahawa parti baharu tidak perlu selepas mendapati aspirasi PSB bersesuaia­n dengan kami sebagaiman­a dalam wawasan harapan saya untuk Sarawak baharu,” katanya.

Seorang lagi bekas pemimpin PKR Sarawak yang mengikuti jejak Baru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How dan dijangkaka­n hampir 80 peratus bekas pemimpin akar umbi dan ketua cabang PKR di negeri ini akan menyertai PSB tidak lama lagi.

Sementara itu, Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh yang turut hadir pada sidang media itu berkata, pihaknya mengadakan beberapa siri perbincang­an dengan Baru sejak beberapa bulan kebelakang­an ini yang memfokuska­n terutamany­a untuk membawa perubahan nyata bagi Sarawak dan membuat perbezaan bermakna untuk kehidupan rakyatnya.

“Pada perbincang­an itu, kami mendapati ada aspirasi yang sama untuk masa depan Sarawak. Wawasan dan harapan Baru merangkumi objektif parti kami untuk menjadikan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak diberi peluang sama rata untuk menjalani kehidupan dan kemakmuran,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia