Berita Harian

Tun M diajak bantu bina semula negara

-

Kuala Lumpur: “Saya mengajak Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad) sama-sama bantu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘kawan-kawan’ untuk membina semula negara sebab kita sedang dilanda COVID-19. Nampak Tun positif dengan nasihat itu”.

Itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sambil mengesahka­n bertemu Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK), di Putrajaya, kira-kira jam 9 pagi kelmarin.

Ahli Parlimen Alor Gajah, Melaka itu berkata, pertemuan berkenaan berlangsun­g kira-kira 45 minit.

Mohd Redzuan berkata, walaupun sedang menjalani tempoh kuarantin, beliau mendapatka­n kelulusan khas daripada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) untuk berjumpa Dr Mahathir.

Beliau turut menafikan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau akan menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Ya memang betul saya berjumpa Tun. Saya jumpa di YKP lebih kurang jam 9 pagi. Saya boleh berjumpa selepas mendapat pelepasan daripada MKN, sebab saya negatif (COVID-19).

“Pertemuan itu perjumpaan biasa, ziarah sempena Aidilfitri. Kita kawan baik, kawan lama, tidak ada bincang soal politik.

“Pertemuan itu juga bukan seperti dilaporkan media yang saya akan tinggalkan PN. Itu tidak betul. Itu semua fitnah orang yang ada kepentinga­n, yang nak burukkan saya,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pengesahan Mohd Redzuan itu sekali gus menolak spekulasi kononnya beliau akan menyertai kem Dr Mahathir dan meninggalk­an PN.

Kelmarin, pejabat Mohd Redzuan menafikan beliau akan mengadakan sidang media khas atas alasan masih menjalani tempoh kuarantin.

Mohd Redzuan menjalani proses kuarantin selepas menghadiri mesyuarat bersama Muhyiddin yang turut disertai seorang pegawai dipercayai positif COVID-19, minggu lalu.

Selain Mohd Redzuan, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilihat menemui Dr Mahathir di Petaling Jaya, kelmarin.

Antaranya, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Dr Maszlee Malik (bekas Menteri Pendidikan).

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, beliau tetap fokus dan akan bersama-sama Muhyiddin memastikan negara berjaya keluar daripada krisis ketika ini serta membina semula ekonomi yang terjejas akibat COVID-19.

“Perdana Menteri sudah menjalanka­n kerja baik dan sedang berusaha memperbaik­i ekonomi negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia