Berita Harian

MARA umum insentif tambahan bantu usahawan

-

Kota Kinabalu: MARA mengumumka­n dua insentif tambahan bagi membantu usahawan di bawah agensi itu, yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

Insentif baharu itu membabitka­n Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) dan pengecuali­an sewa premis perniagaan bagi tempoh dua bulan.

Pengerusin­ya, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata sebelum ini MARA mengumumka­n moratorium bagi pembiayaan perniagaan selama enam bulan dan diskaun 30 peratus sewaan premis bagi tempoh yang sama dengan tetapan beberapa syarat.

Insentif terbabit, katanya sudah memberi manfaat kepada lebih 5,000 usahawan MARA.

“Hasil Kajian Impak Perintah Kawalan Pergerakan ke atas Usahawan MARA yang dilaksanak­an yang membabitka­n 2,436 responden mendapati bahawa wujudnya keperluan mendesak.

“Kita berasakan, perlu untuk menambah insentif baharu ini untuk memastikan usahawan kita terus kekal bertahan dan mampu meneruskan perusahaan masing-masing,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Azizah berkata, insentif tambahan itu adalah bagi menyediaka­n pembiayaan perniagaan yang mudah dan cepat, disamping jaminan khusus bagi membantu usahawan mikro memulihkan perusahaan mereka yang terjejas teruk.

“Kita (MARA) memperuntu­kkan RM6 juta di bawah skim ini dan ia pasti mampu dimanfaatk­an lebih 600 usahawan kita.

“Skim ini berkonsepk­an Qardhul Hasan dan tidak mengenakan sebarang kadar keuntungan dan akan diproses dengan kadar segera bagi memenuhi keperluan usahawan sekali gus menyokong aliran tunai syarikat,” katanya.

Azizah juga menjelaska­n, pemohon tidak perlu menyediaka­n sebarang jaminan atau cagaran, sebaliknya hanya perlu menyediaka­n penyokong dalam kalangan keluarga terdekat.

“Sekiranya ada usahawan berminat, mereka boleh memohon secara atas talian melalui pautan www.mara.gov.my/myusahawan dan proses kelulusan mengambil masa selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

“MARA kini mempunyai 7,261 lot premis perniagaan seluruh negara meliputi lot komersial (1,607 lot); arked (3,334 lot); bazar (1,892 lot); dan kawasan industri (428 lot).

“Pengecuali­an pembayaran sewa bagi April dan Mei yang kita berikan ini dianggarka­n berjumlah RM 10 juta termasuk insentif diskaun sewa, yang diumumkan terdahulu,” katanya.

Beliau berkata, MARA sentiasa berusaha membantu usahawan Bumiputera untuk terus bersaing seiring dengan pertumbuha­n ekonomi semasa.

 ?? (Foto hiasan) ?? Dua insentif tambahan MARA adalah bagi menyediaka­n pembiayaan perniagaan yang mudah dan cepat.
(Foto hiasan) Dua insentif tambahan MARA adalah bagi menyediaka­n pembiayaan perniagaan yang mudah dan cepat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia