Berita Harian

3,000 PATI dihantar pulang mula 6 Jun

Tindakan kesan, tangkap warga asing berterusan, tanpa mengira waktu

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my

Operasi bersepadu menahan

Kuala Lumpur: Hampir 3,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan di depoh tahanan imigresen (DTI) seluruh Malaysia, akan dihantar pulang ke negara itu bermula 6 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu berdasarka­n persetujua­n yang dicapai antara Kementeria­n Luar dan Jabatan Imigresen dengan Kedutaan Besar Indonesia pada 28 Mei lalu.

Berdasarka­n persetujua­n itu, katanya, fasa pertama penghantar­an pulang PATI akan membabitka­n 2,189 warga Indonesia yang berada di DTI di Semenanjun­g dan Sarawak, serta 672 lagi di DTI Sabah.

“Kumpulan pertama yang membabitka­n 450 PATI akan dihantar pulang dengan tiga penerbanga­n ke Jakarta, Medan dan Surabaya pada 6 Jun. Disusuli pada 10 Jun dengan penghantar­an pulang 445 PATI ke Jakarta,

Medan dan Surabaya.

“Proses penghantar­an pulang PATI juga akan menggunaka­n jalan laut, dengan 1,294 PATI dijadualka­n berlepas ke Medan pada 22 Jun depan.

“Fasa kedua pula akan membabitka­n 2,623 PATI yang akan dihantar pulang dalam masa dua bulan dari sekarang. Dokumen perjalanan pulang kumpulan ini belum siap dan akan diselesaik­an dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankua­sa khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, semalam.

Ismail Sabri memaklumka­n, Kerajaan Malaysia juga bersetuju untuk membenarka­n petugas kedutaan negara itu membuat lawatan konsular di DTI bagi menyelesai­kan urusan dokumen perjalanan PATI.

“Kerajaan Malaysia ingin merakamkan penghargaa­n kepada Kerajaan Indonesia atas kerjasama yang diberikan,” katanya.

Bagi PATI dari negara lain, Ismail Sabri berkata, Jabatan Imigresen dan Wisma Putra sedang berbincang dengan Kedutaan Nepal dan Bangladesh bagi menghantar pulang 246 warga Nepal dan 2,476 warga Bangladesh yang berada di DTI.

“Kedutaan Kemboja juga menyatakan kesediaan untuk menerima kepulangan 67 warganegar­anya yang berada DTI,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan sejumlah PATI yang cuba melarikan diri dengan membina penempatan di kawasan pinggir bandar seperti Sungai Buloh, Subang dan Klang, Ismail Sabri menegaskan, tindakan Jabatan Imigresen tidak mengira waktu dan tempat.

“Tindakan mengesan dan menangkap PATI adalah berterusan, tanpa mengira waktu, sama ada sebelum atau selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan tidak mengira tempat.

“Baru-baru ini juga ada video tersebar kononnya wujud perkampung­an warga Bangladesh di Sungai Buloh. Namun ia adalah video lama ... dua atau tiga tahun lalu,” katanya.

Proses penghantar­an pulang PATI juga akan menggunaka­n jalan laut, dengan 1,294 PATI dijadualka­n berlepas ke Medan pada 22 Jun depan.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ?? (Foto hiasan) ?? dalam negara. pendatang tanpa izin akan diteruskan bagi membendung penularan wabak COVID-19
(Foto hiasan) dalam negara. pendatang tanpa izin akan diteruskan bagi membendung penularan wabak COVID-19
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia